Diya Akiera

Melankolik Hati Seorang Dhia

saya telah ditag

March11

First time tu dalam sejarah per’blog’gian ini aku telah ditag oleh kak syura. Hahha..nanti Dhia bagi awards kat akak k..;p Tag ini baru sekali…so..kita enjoy!! (baca seperti suara Nora Danish didalam drama Puteri..)

1) Adakah anda rasa anda hot?
HOT definisi yg sepertimana ye?Kalau kata ttg cuaca,ye giler HOT sekarang. Nasib baik kat opis…ada aircond. Klau kata ttg definisi bebudak sekarang..No saya tidak HOT,HOT Mummy to be mungkin ;p..Kalau kata ttg perasaan,HOT itu dikatakan marah,sedangkan saya cool giler sekarang ni..(ambek ko,suruh sangat aku berkata²..kan dah macam takleh berenti ni..)

2) Upload gambar kegemaran anda. Citer pasal gambar berkenaan

Saat seusai lafaz dan ijab termakbul.(ayat klise..hoho)Yang mengubah seluruh hidup. Rasa macam penantian dan kesetiaan selama hampir 9 tahun ini sangat bermakna dalam hidup. Thanks abg untuk segalanya. (credit to musab n shana as a photog…cantek sangat)

3) Bila kali terakhir anda makan pizza?
Bulan lepas. Makan ngan officemate.

4) Lagu terakhir anda dengar?
Wanita by Sheila Majid.

5) Ape anda buat selain menyelesaikan tag ini
Buat senarai pp(my work ofcos) sambil tangan ligat menaip.

6) Selain nama sendiri anda dipanggil nama ape?
Kak Lang,Alang, Sayang(ni suami je yg panggil)

7) Tag lagi 8 orang
8 jer naper x duaploh trus ;p

1.Azli

2.Andak
3.Cyana
4.Ida
5.Baby
6.Kak Sue
7.Lisa
8.Ina

8) Siapakah orang no 1 kepada anda?
Suami saya. Cinta hati saya. My other half;p

9) Kata sesuatu kepada orang no 5
Sudah² lah tue

10) No. 3 ada hubungan dengan siapa?
Husband dielah..mr moose

11) Bagaimana pula dengan no 4?
My best fren since Uitm dulu till now and i hope for the rest of my life krn mencari sahabat tidaklah sama seperti mencari kawan2.

12) Pesanan kepada org no 6?
Kasi update lah update anda. Sudah bersawang tau.

13) Kata-kata cinta untuk no 2?
Opss sorry…tiada kata cinta untukmu melainkan rasa sayang seorang sahabat.;p

14) Adakah no 7 & 8 punye persamaan?
yup. 2-2 opismate saya. And dorg lak housemate. Dua² dari utara noo..

15) Berikan 5 yang anda tahu tentang orang yg men`tag anda?
1. Isteri abg Rahman

2. Mama Marsya yg kiut giler
3. Blog die selalu citer psl mkn2.so klu nk reference kdai mkn mane yg sedap di area Selangor,sila rujuk blog die
4. Putih n pkai spec

5. Sangat rajin update status kat fb

16) persamaan antara kambing dan lembu?
2-2 ada kaki empat.Sedap dimkn jika dibakar.Dan punyai kolestrol yg banyak klu mkn secara berlebihan

17) Adakah anda tahu si Razman itu sengal?
Razman itu mmg sengal. Chop²! adakah anda memaksudkan Razman yg sama seperti yg saya kenal ini?;p

18) Gay or less?

yuckss….

ok sekian

I am a big girl

March5

Dari dulu lagi aku nak tanya perkara ni kat beberapa individu yang dikenali dan semalam kemuncak kenapa entri ini dibuat.

My dear…jangan skeptikal dengan aku. Jangan label aku dengan segala yang tak betul. Jangan adili aku dengan neraca yang berat sebelah.Kenali aku luar dan dalam. Beside I am a big girl. Sudah terlalu dewasa untuk jadi seorang kanak². (nak jadi mak budak dah pun..;p ) Tidak aku menggigit kalau tiada yang mengusik. Tak payah terlalu berhati² menyusun kata walau untuk perkara yang tidak aku senangi. Pokoknya kita, kan tiada kena mengena.

Cerita Selepas Senyap

March4

Salam semua…

Terlalu banyak yang ingin dikongsi dan diluah sini sepertimana lama aku berdiam seketika dari medium tanpa suara ini. Pergi bercuti,pulang dari cuti,sakit seketika. Alasan untuk semua yang senyap ini. Pagi tadi pon,baru saja pulang dari klinik, check up bulanan rutin untuk sikecil didalam ini.(guess what,sebulan sekali dah jadi sebulan 2x..nantilah kalau kamu sudah jadi atau bakal jadi ibu nanti taulah apa yang aku maksudkan ni ;p)Leceh memang leceh..tapi kalau untuk kesihatan tak salahkan berkorban masa dan tenaga.

Seminggu yang sudah aku jalan² makan angin dengan all NC’s family members di Terengganu. Merasa sekejap 3 malam tanpa bintang sementelah encik suami pergi awal untuk menyiapkan dan uruskan kerja² konsert Rabbani sempena Maulidur Rasul disana. Selepas habis konsert,barulah dapat kami semua jalan² makan angin. Release tension. Main games. Makan². Main rakit,pingpong. Karaoke.Merasa jugaklah kena sunburn Terengganu(and proses pengelupasan masih berjalan dengan jayanya dimuka)Seronok sangat.(walaupun aku ditegah dan dikawal dengan ketatnya oleh suami dan juga kakak²,dan abang² sekalian dari melakukan aktiviti yang lebih abnormal dari biasa kerana pregnant)sigh…sangat protective.

Oh ye,satu perkara juga..mulai sekarang,harus lebih berhati² dari biasa. Tak mahu lagi peristiwa jatuh terjadi lagi sementelah sikecil ini sangat aku cintai. Tak mahu terjadi apa² yang menganggu gugat proses tumbesarannya didalam rahim ini. “sorry sayang,ibu pening pagi tu..” Hope Allah s.w.t merahmati kandungan ini.

*untuk tatapan semua. Kenalkan…cinta hati kami (on the way) Picture diambil dari blog ayahnya a.k.a suami/cinta hati saya :Muhammad Azli Masiri

Blogwalking

February18

Comel²nya muka baby disetiap blog keibuan yang aku singgah. Buat aku rasa sangat² tidak sabar to hold my own in my arms. And i do believe, u guys maner yg sedang pregnant or planning to pregnant or yg dah berdua (atleast) mesti rasa perasaan yg semacam bila we talk about our own baby kan? How they looks, sakit tak masa bersalin, mabuk ke tak masa pregnant,ngidam apa,jantina baby( and all stuff yg biasa dialami oleh mereka² yang mengandung ni) berlegar² dalam fikiran.

Samalah cam aku. Which sekarang ni aku sedang alami fasa² awal pregnancy.(itu termasuk morning sickness,mabuk, alah ngan segala bau-bau masakan tapi tak alah bila nak makan..;p) Tiada rungutan,sebab aku tau…ini semua experience yang akan aku ingat sampai mati(for sure) Dan aku harap dan berdoa setiap hari agar kandungan ini sihat sehingga tempoh melahirkan. (InsyaAllah)

Seronok tau ngandung ni…semua orang pampers ko lebih hangat dari biasa. Dan aku jugak doakan kengkawan aku yg still berdua tu akan bertiga dalam jangka masa terdekat nie. Aminn…(doa pada Allah yer kawan²) Nanti kita leh share citer pregnant² plak.

Perak~Selangor~Terengganu

February17

Buat pertama kali dalam sejarah,aku pulak yang ditinggalkan sang suami yang outstation keluar daerah. Sengal sangat rasanya bila tiada kawan gelak dan gaduh aku disisi. (agaknya ni la sebabnya dia asyik bising bila aku kuar kursus berhari-hari kan?) Takper demi tugas dan tanggungjawab. Silembik ini mampu menjadi superwoman extravaganza express tau. (so sila tarik balik pernyataan anda yang lalu tu..sebabnya,heheh..u know why kan?;p) Juga tidak sabar menunggu hari jumaat ini supaya menjelang tiba dengan pantas sepantas aku mengelip mata.;p

Sebabnya? my turn pulak nak menyusul ke Terengganu sana. Jalan² cari pasal. Jalan² makan angin. Honeymoon. Hari keluarga. Whatever u want to name it. Yang penting cuti dari 2 minggu yang lepas telah selamat diapply. (Baby pon dah rindu kat ayahnya)

Wah.. Februari yang sibuk. Balik Perak. Dan kini mau ke Terengganu pula (2-2 kg halaman) Bercerita tentang cuti ke Perak…tekak yang mengidam mau makan patin masak tempoyak telah selamat dijamah dengan jayanya. Rezeki anak. Tak tau lah pasni nak mengidam apa pulak. (harap² tak susah ayah nak cari, ok sayang..:) )

p/s:ok cuma 1 hari lagi..can’t wait to c u luv. Deeply,hardly missing u!!

Rindu

February17

Meninggalkan dan ditinggalkan tak sama. Serba tak betah dibuatnya. Nanar seketika.

Rindu dia. Benar-benar rindu. Tinggallah walang walau buat sebentar cuma,cepatlah mentari mengesot hari lagi.

Membilang detik untuk bertemu sijantung hati. Pelega jiwa. Pelangi cinta. Pelengkap aku yang sebelah lagi.

Biar angin berpuput lembut membawa cerita rindu buatnya.

Hi There…Ibu Here :)

February11

Semalam, setelah agak lama menghitung hari untuk bersua dengan my little baby..tercapai jua akhirnya. Masih kecil,tapi sudah punya jantung yang berdegup dan kaki yang agak menggelitis (according to the doktor ;p). Masih terlalu awal untuk dipanggil baby,tapi sudah lengkap untuk dilihat sebagai bayi. (the word is fetus in English)And i’m so proud to call it my baby. My little baby.

Susah nak cakap about my feeling masa gel diletak diatas perut sambil cursor scan tu menari² diatasnya. Lagi susah nak bagitau apa rasanya masa tengok ada objek kecik yang sedang bergerak² dalam skrin tu. Rasanya macam bercampur². Tak percaya+happy+terharu=hard to describe. Siap tanya kat doktor lagi. “Is it moving right now doctor?” Dan mestilah doktor tu dapat agak kan yang si ibu yang sedang berbaring ni adalah sangat naive and no experience at all, sebab tgk muka aku yang tak tahu nak bagi reaksi camner. “Tengok kaki dia gerak²…excited nak jumpa mummy dia. Tengok jantung dia. Dah berdenyut.Seems healthy. Awak tak rasa lagi kot sebab dia kecik lagi. Nanti tgklah kalau dah besar sket..” 

Aku tak sangka ada benda yang sedang moving inside me. Sedang tumbuh dengan subur. (dan kalau lah ayahnya dapat tengok sekali kan) Pity you luv…xper,next time kita pegi private clinic k. This time let ibu say hi first. Next time sessi ayah jumpa plak..ok my little hunny baby?ok cinta² hatiku?

Aku happy. Sangat happy. Tak sabar nak tunggu experience yang lain plak. Thank you Allah for this precious gift.

Love you both. Azli. Baby.

February10

p/s:muka muda…reunion 5 Erat

Perjuangan Belum Selesai

February9

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?

Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.

* dah jangan nk kater aku blk BTN darah aku jadik biru pekat. Takder kena mengena,just sajak diatas dinukilkan oleh Tun Dr Mahathir our mantan Perdana Menteri yang aku sangat suka. Ada sentimental value dengan sajak ni coz aku pernah deklamasikan sajak ni masa jadi wakil sekolah dulu. In front of sekolah² dalam Selangor. (tak menang pon) tapi aku suka bait² ayatnya. Untuk semua…hayatilah ia…

Bosan aku dengan penat

February8

So stubborn kan? so jangan salahkan aku kalau aku lak tunjuk keras kepala gak… one word from me n do remember this forever. ‘PENAT’. So terima sahaja apa² consequences dari ini. Ok? Prepare la apa² alasan pon, da muak nk telan. Begitu dan begini. Takde yang sudah². I do love my life. So jangan harap aku nk kompromi. Hahah..aku kan degil.

« Older Entries