Diya Akiera

Melankolik Hati Seorang Dhia

patut ker tak?

January20

Kita memang tak boleh nak puaskan hati semua pihak kan?

Aku dengar topik baru di HotFm pagi tadi. Sebenarnya kisahnya dari semalam tapi berlarutan hingga kehari ini. Berkenaan dengan seorang pendengar ni yang mengadu kat kat Fara Fauzana dan Faizal Ismail tentang dilema yang dihadapi nya berkenaan dengan perangai kuat mengongkong sisuami. Dia tidak dibenarkan keluar lunch dengan kawan² sepejabat. Kena balik makan kat rumah. And bila dah habis kerja pulak,sharp kena ada kat rumah. Untuk pengetahuan,mereka dah berkahwin selama 8 tahun dan ada 2 orang anak. Dan selama hampir itu jugalah sisuami berperangai sedemikian.

Hehe…macam² feedback yang aku dengar dari pendengar yang lain. Ada pro dan kontra. Ada yang hentam tindakan isteri dan juga sebaliknya.

Ok ini pandangan ikhlas aku. Bukanlah aku nak poyo aper sebab aku pon tak lah dah kahwin dalam tempoh yang lama macam orang lain. Tapi ini kan blog aku,pedehal lak aku takleh nak cakap aper² kan..;p

Bagi aku suami dia ni baik,sayangkan dia. Nama lagi die pendiam tapi rajin kan?(feedback dari saudara si isteri  tentang sikap suaminya) Dah tentulah dia tak punya ramai kawan. Kawan dia yang terapat satu²nya isteri dia. Lagipon dia(suami) sendiri admit yang dia pon buat perkara yang sama macam yang die suruh wife dia buat.(meaning rehat pon dia balik mkn kat umah,pas keja pon die straight balik terus kerumah,tak lepak mana²) What u expect then? Nak kata dia mengongkong pon tak boleh sebab dia bagi wife dia berkerja. Dalam masa berkerja tu takkan lah tak leh bersosial ngan kawan² pejabat yang lain. Bukannya dia kongkong terus. Perbuatan ni die dah mulakan sejak dari belum berkahwin lagi sampailah 2 anak. (nanti orang kata lelaki ni camtu,lelaki ni camnilah. Sebelum kahwin..kebulan kesyurga,dah kahwin?..opss terlebih sudah) Mungkin niat lelaki ni baik,tapi sedikit tak kena. Maybe dia tak nak wife dia bercampur ngan mende² xelok. (gosip sana,gosip sini..dosa ngumpat bila dah berkumpul ngan kawan²) And bak kata suami aku..”ni die dah cerita kat HOTFM ni satu Malaysia dengar. Tak pasal² dah tau aib rumahtangga diaorang. Perkara tu baik ker?”

Mungkin lelaki ni should give her some space. Bukanlah kongkong terlampau sangat. So and so sudah.Kan? Macam kalau rehat tu,takyah la sampai kena balik rumah. Buatnya jarak rumah and pejabat tu jauh. Kan dah banyak buat pembaziran kat situ. Mau tak tensen isteri dia. Sekali sekala mungkin ok. Sama gak macam kalau dia nak gi mana². Kalau rasa macam nak keluar ngan kawan² tu,cakaplah and mintaklah permission barang sejam dua dari suami. Mungkin suami takder masalah nak bagi dia keluar bersosial sekali sekala ngan kawan² rapat dia. Yang penting kat sini tolak ansur kan? Itukan antara resepi rumahtangga bahagia…

posted under Uncategorized
3 Comments to

“patut ker tak?”

  1. On January 21st, 2010 at 12:52 pm mrs moose Says:

    juz to share here.. ade entry nie, sy tk dgr personally topic tu semlm. so dapatlah share sedikit apa yg terhajat nak berkata2.

    okay, mungkin ada sebab suaminya berkeadaan begitu. boleh dikatakan terlalu mengongkong sehinggakan isterinya membuka aib rumahtangga di radio pula, mungkin dia hanya ingin meluahkan rasa tetapi rasa mcm tk seseuai tempat sebenarnya… better pergi kaunseling bukan hebah satu Malaysia.

    suami2 kita biasanya melihat ke depan, cuba tanya pasti ada alasan mereka berbuat begitu; cth mudah.. org pompuan suka duduk ramai2 bercerita or gossip opis la kan… tetapi secara tak sedar dia mungkin akan membuka cerita yang boleh aibkan org lain or mungkin terjadinya fitnah. hmm..

  2. On January 21st, 2010 at 1:24 pm Ida Says:

    i pon ada dgr gak topik ni..rasa mcm kna kt btg hidung sendiri lak..hehe..
    xpa2 yg baik djdkn teladan yg buruk djdkan sempadan..peace, no war:)

  3. On January 22nd, 2010 at 8:43 am diyakiera Says:

    mrs moose:totally agree with u..mesti ader sbb dan akibat diatas segala tindak tanduk perbuatan. So moral of the story…berpada2 lah…
    ida:yeah…

Email will not be published

Website example

Your Comment: