untuk kamu
*post ini dibuat dan diilhamkan rentetan dari conversation yg terjadi antara aku dan my very best fren (male version) disuatu malam. (ye…kamu tetap kwn terbaik aku sampai mati
)
Diilhamkan kerana perbuatan aku yg menegur tentang salah satu sikapnya yg bagi aku boleh jadi satu kelebihan juga satu kelemahan bagi seorang manusia. “Lembut hati”. (no offence k.ini yang aku rasa…n u should pertimbangkannya)
Lembut hati ini memanglah bagus. Untuk beberapa sebab boleh bertukar menjadi tidak elok. Memanglah everything we do,bergantung pada nawaitu. Tapi pihak yang lain pulak akan manipulasikan sikap tu. Dan yang akan menanggung natijahnya adalah kita sendiri. Kamu aku lihat sebagai seorang yang tegas,tetapi untuk sesetengah perkara(lagi² bila dah dirayu) kamu akan jadi lembut. Membenarkan segalanya walaupun dari mulanya kamu tidak setuju dengan perbuatan itu atau perkataan itu. Aku dengar berbagai² versi tentang sikap kamu ini. Dan yang paling aku takutkan sikap ini juga bakal memudaratkan kehidupan kamu kelak. Sekali sekala bersikap tegas itu tidak apa kawan. jangan bagi orang lain pijak kepala kita lebih² lagi kalau kamu tahu perbuatannya itu salah. Ye..jangan samakan dengan sesiapa. Benda ini dah pon acap kali terjadi pada kamu. Dan aku sebagai kawan baik kamu,tidak akan akan senang melihat kamu dianiaya suatu hari nanti. Oleh sesiapa. Tak kisahlah kalau imej gentleman kamu tercemar..tetapi untuk hari depan yang lebih baik. Mengapa tidak?
Aku bukan manusia yang predict kehidupan orang lain setepat mana. Tapi saling mengingati itu perlu. Apatah lagi kamu antara orang istimewa dalam hidup aku. Tidak juga aku katakan kamu harus mengikut apa yang aku sarankan. Cuma renung² kan lah. Aku tidak mahu kamu jatuh tersadung lagi.
artzli: smile then..:)
atleast ade kawan yang masih ambil berat..teguran membina tak salah kan?
mrs moose::)
teguran membina mmg x salah…jgn asyik membina teguran sudey..