Hari minggu
Sehari suntuk menghabiskan masa dirumah sambil ditemani suami tercinta. Makan,menonton,membasuh baju. Semuanya atas bantuan suami tercinta.Nampaknya cerita ‘mat bunga’ tu berjaya mempengaruhi dia;p (teruskan usaha…saya suka tau)
Bagi aku,tiada salahnya jika suami membantu isteri membuat kerja rumah. Takder jatuhnya maruah atau ego lelaki atau tak timbulnya kata² “kerja rumah isteri buat” tu. (tak tahulah kalau orang lain kan) Lagipun dalam rumahtangga sendiri pon disarankan untuk bantu membantu dan bertolak ansur. (tu kan resepi keluarga bahagia)
And if i’m not mistaken,aku pernah terbaca dalam satu artikel yang sepatutnya kerja² rumah ni adalah tanggungjawab seorang suami. (meaning memasak,membasuh,mengemas)Begitu juga dengan tugas mencari nafkah. Tugas seorang isteri pula adalah mendidik anak² dan juga menjaga keperluan suaminya. Cuma diera sekarang ni..benda yang aku tuliskan diatas tidak lah sesuai. (aku tak tahu kalau info yang aku nukil ini adalah salah,tapi ini yang aku baca tidak lama dulu dan masih lagi terpahat kemas dalam ingatan)
Apa-apa pun terpulang pada pasangan dan individu itu sendiri. Dan tak payahlah korang dok sibuk kata sipolan atau sipolan tu kene queen control kalau dia menolong isteri dia buat kerja rumah. Tak jatuhnya ego seorang lelaki tu malah aku respect habis la kat semua lelaki yang tolong wife dia wat kerja rumah. (asalkan semua tu tidak la sekjap shj k)
bestkan kalo di dapur bersama suami.. tak terasa pun lama, masak byk pun rasa sekejap jek. hehe
mrs moose:harus lah…layan selera die pastu dera die byk2..hehe