BTN
Rasa macam dah lama sangat tak update post baru dalam blog tercinta aku ni(ayat poyo). Walaupon takder orang baca..(just a few frens dan juga sekor dua anon yang tak habis² tak senang ngan kesenangan hidup orang lain..but still aku nak say thanks sebab sudi baca n review cerita² seharian aku ni)
Kehilangan aku untuk beberapa hari ini adalah kerana menunaikan tanggungjawab sebagai salah seorang penjawat awam. Kursus Biro Tata Negara yang diwajibkan kepada semua kakitangan kerajaan. Tak moh komen banyak² sebab nanti orang kata itu dan ini. Cuma yang baik itu dijadikan panduan,dan yang buruk itu dijadikan sempadan. Berat hati nak pergi pada mulanya sebab nak tinggalkan my other half itu selama beberapa hari tapi dek kerana tanggungjawab..maka relakan jua perpisahan selama 5 hari itu terjadi juga..(ayat poyo macam jauh sangat) Itupon sebenarnya mendapat tentangan hebat dari my other half tu sebelum pergi. Tapi oleh kerana saya berjanji akan menjaga diri sebaik mungkin,walau berat…dia pon benarkan juga(setelah berkali² dan berjuta kali dan diminta berjanji itu dan ini..;p ye sayang…saya tau awak risau..sayang awak jugak
)
And now,here i am…kembali meneruskan tugas seperti biasa. Dan juga sedang menghitung hari untuk sesi perjumpaan yang pertama dengan sikecil yang sedang menghuni didalam ini..heheh..can’t wait.