Diya Akiera

Melankolik Hati Seorang Dhia

Learn the lesson

February6

Sejujurnya mahu sentuh tentang ini lebih awal lagi…tapi bila saja mahu menukilkan sesuatu seperti ada saja yang sedang menahannya biarpun rangka yang ingin ditulis/ditaip seperti berbayang-bayang dimata. (mungkin saja keinginan itu berkata tentang itu terjadi atas beberapa sebab) Lebih-lebih lagi pemrhati setia acapkali melontarkan komentar dingin setiap kali ada benda yang tidak enak dimatanya tapi rasional(dugaku) aku nukil dan post diblog ini. Alasan aku mudah(mngkin ego aku yang tinggi itu sering membuat segala2nya nampak seperti apa salahnya)

Beberapa kali aku mendapat sesuatu yang tidak aku jangka dari pembaca senyap blog ini. Beberapa kali juga pembaca senyap cuba menduga aku. Tidak cukup fitnah,malah ayat yang mereka tulis (yang tak tergamak aku approve) sangat menjengkelkan. (dan kalau ikut hati yang mudah marah ini, hendak sahaja aku balas dengan ayat-ayat yang lain) Tapi sedari awal,sudah aku tanamkan dalam rasional diri.. jika mereka mahu jadi bodoh,takkan aku juga mahu jadi bodoh jugak? Dan semuanya aku biarkan. Dengan harapan. Kalau mereka masih mahu menari sumbang..jangan libatkan aku.

Apa yang perlu kamu tulis dalam blog yang kamu cipta?Apa yang boleh dan tidak boleh ditulis disini? Apa kesan dan akibatnya? Biarpun ini adalah medium untuk kamu mencurahkan sesuatu yang tak mampu kamu ungkapkan dihadapan orang lain. Mungkin sesuatu yang kamu pendam terlalu lama dan berharap agar orang yang kamu harap membacanya mengerti segala yang kamu pendam selama ini.

Learn the lesson,Dhia. Tak semua yang kamu nukil disini buat orang senang. (mungkin tuduhan kamu terkena batang hidungnya) Terpulang…

aku jarang delete atau mahu buang apa yang aku tulis selagi aku rasa ia tidak ada kena mengena dengan sesiapa n have i told you..yakinkan aku utk berbuat sesuatu yang aku tak mahu kompromi. Name it as a ego or what…pendirian aku sangat jelas. Seingat aku yes,ada 1 post yang aku buang..itupon dengan comment yang aku rasa telah menyinggung hati orang yang paling dekat dengan aku. (dan aku masih mampu berlagak seperti tidak terusik langsung) n yes..hakikatnya,aku tidak terusik langsung. Bukankah pengalaman itu harta paling bernilai untuk hari ini sekurang-kurangnya?

p/s:untuk suami yang aku cinta…i’m dying to write this too..

posted under Uncategorized
4 Comments to

“Learn the lesson”

  1. On February 9th, 2010 at 11:53 am Ida Says:

    siapa pembaca senyap tu? tringin gak nk tau..

  2. On February 9th, 2010 at 1:03 pm diyakiera Says:

    ida: kalau lah i tau syg oi… i tak knal pon die..maybe dia terasa la kot or mmg dengki ngn tulisan jujur i ni..org ni kalau tak tercuit mustahil la die nk maki saper² kan..or i tak tau la kut ader org menyamar ker aper ker,bak kata sorg kwn tu..musuh ni bkn dikalangan mereka yg kita knal jer,maybe org yg tak penah tegur kita,maybe org yg selalu senyum kt kita..musuh ni kan takder kategori…saper² pon mungkin. Tak jadi kudis pon kat i… Allah s.w.t lebih tau kan. Da la tu siap ckp i ni b**ch lagi. Kut die ckp diri sendiri la tu..i aminkan ajer. Biarlah Allah balas.. tak kat dunia,kat akhirat.

  3. On February 9th, 2010 at 2:28 pm Ida Says:

    btol2..i pon setuju, kdg2 kita xtau sapa musuh kita..xpala syg, klu org bg kita racun kita balas balik dgn madu, tp racun tu jgn diminum plak;p..sabar itu separuh dr iman kan..:)

  4. On February 9th, 2010 at 4:06 pm diyakiera Says:

    ida: thats true.. dun worry, I kan jenis percaya pada hukum karma. Kalau dorg² tu still nk comment aper²,i biarkan ajer..kalau penat,dorg benti. i layan,i la bodoh..tapi i pandai..xmoh jadi bodoh..so let them be

Email will not be published

Website example

Your Comment: