Rindu
Ah rindu lagi… Rasanya macam lama sangat aku tak bukak blog ni. (gara²…yelah saya menumpang jer ;p) Sampai terpaksa create alternate blog utk layan jiwa kacau aku ni. Hehe..dont worry,blog ni tetap yg priority. Yg lagi satu jer agak sedikit tidak ditapis. (tapi sedaya upaya gak la aku menimbang tara tatabahasanya juga segala entri²nya) Tak nak berahsia pon url nyer. (sebab aku mane pandai sorok² ni) What u see,its just the real Dhia. Dia nak marah ke,nk cakap bahasa indah² pon..atau sinikal sekalipon..who cares. ;p
Nk letak gambar masa gi Trolak aritu. Tapi yelah. gambarnya masih dalam simpanan hubby. Tak transfer lagi..kata dia lah. Sajer nk kongsi and tatapan mata kamu² semua. (sayang takde pic hubby bersama². yelah dia jadik photographer) Hope pasni dia tak serik nak join family day bahagian BPWG ni. Kalau panjang umur mungkin tahun depan dah kne gi honeymoon bertiga. (lagi hebat kalau berempat ;p..klu campur adik pada baby ni) Nanti aku dah edit aku tampal kat sini sket² yer. Yg lain² tu aku tampal kat facebook sudey. Sajer nk bagi mata korang berbulu tengok kegedikan semua. Ahaks.
Nk citer apa lagi ek sepanjang ‘ketiadaan’ aku kat blog ni..hmm..ok. aritu gi scan budak ni. Tak tahulah gen pemalu siapa dia ikut sampai doktor kata die ni tak berapa mesra ultrasound (gen pemalu aku lah tu..of coz..who else ..ahaks) Dah tau jantina baby,tapi sajer tak nak reveal kat sini. (ala aku tau ada yang dah tau kan kan kan) Nnti da keluar aku mention besar² k. Promise(siapa nak kait jari kelingking ni?) aku dan my squizy pie pon dah ada beberapa nama utk baby kiteorang ni. Pening gak melayannya. Asyik surf internet ajer. Yelah kata nak yang terbaik.
InsyaAllah dalam masa terdekat akan start cari baju anak and kelengkapan dia pulak. (duit kutu yeay!!) Nk pilih warna² soft. And aku tak berapa setuju sangat dengan konsep blue for boy and pink for the girl tu. So kenalah pilih warna² lain yang lebey universal. (manusia merancang..buatnya scan kata boy..keluar plak girl..mau haru biru dibuatnya) So for those yg nak hadiahkan my baby ni apa²..amatlah dialu² kan..(ibu muka tak malu) Aku kata kalau yer. :p Actually dari hari tu lagi aku tergedik² nak beli baju anak. Tapi my mom berkeras tak bagi. (yelah waktu tu pon kandungan masih awal lagi. Dia taknaklah kiteorg taruh apa² harapan. nanti kalau jadi apa²,takderlah terkilan kan) so since this kandungan pon dah masuk 7 bulan,my mom bagilah kebenaran..(kne ikut cakap ma..syurga bawah tapak kaki dia) so till now. happy shopping ibu n ayah!
and i love you baby..n to you too squizy pie!!Mmuahhh!!