Diya Akiera

Melankolik Hati Seorang Dhia

Baby

May31

Sekarang ni selak jer surat khabar or tengok.dengar berita kat tv/dengar radio mesti ada jer kes pasal buang bayi/anak. Dah jadi macam satu trend balik dah. And if i’m not mistaken kes² camni sebenarnya dah jadi sejak dari mula² lagi(tak ingat lah dalam tahun bila) pastu senyap. dan kemudian sekarang ni trend ni kembali popular balik.

Serius..as a human being apatah lagi naluri sebagai bakal ibu macam aku ni amat sangatlah mudah tersentuh. Macam pagi nie,selak jer surat khabar ada tajuk “Bayi ditinggal dalam kotak susu”. Tak silap ari jumaat yang lepas pasal penemuan mayat bayi kat stesen komuter Padang Jawa. Damn! Memang rasa sedih sangat dengan apa yang jadi kat dalam masyarakat Malaysia sekarang ni. Dan dah tentulah mereka yang terlibat tu plak adalah mereka yang berbangsa MELAYU dan of coz la ISLAM (of coz kat Malaysia ni once ko sebut melayu dah tentulah orang cakap ko muslim kan?)

Apa kat Malaysia ni semua orang dah hilang ke rasa perikemanusiaan tu? Apa semua orang kat Malaysia ni dah abis sifat manusia ke? Sampai dah jadi binatang (even binatang pun tau sayangkan anak) Ke ko memang tau nak sedap jer sampai dah lupa rasa nak bertanggungjawab atas apa jugak perbuatan yang ko buat. Apa dorang ingat lepas dorang dah buang baby tu,dah sumbat budak tu dalam mangkuk tandas,dah bakar(macam sampah pastu kne denda n penjara 2 TAHUN jer. Jer?) Dah letak kat tong sampah,dah lenyapkan kononnya natijah ‘kesedapan’ korang tu, so all the problem is solved? Heh..senangnya.

Mesti tak pikir pasal kesan akan datang kan? Mesti tak pernah pk pasal kesalan yang amat dalam yang akan ditanggung dikemudian hari kan?Mesti tak pk,walaupon ko lepas kat dunia ni kat akhirat sana belum tentu. Mesti tak pernah terpk yang sepanjang perjalanan hidup nanti akan diburu kesalan yang tak pernah padam even dah bertaubat camber sekalipon( dosa pahala ditangan Allah) But please lar,kalau nk buang sangat budak tu pergilah buang kat hospital, kat tempat yang dah tentunya anak yang dibuang tadi akan selamat. Tak pon ko gi la sedekah kat orang. Aku percaya kat dalam dunia ni berlambak² pasangan suami isteri yang teringin nak anak tapi tak dapat².

Dosa dah tentu bertambun. Dengan zina lagi. Membunuh lagi. Dah kebal sangat ke nak menghadap Allah dengan dosa camni ni? Ok aku memang tak layak untuk tazkirah or bagi nasihat kat orang sebab aku tau aku pon ada wat dosa. Tapi tolonglah. Ralat sangat. Buat aku emosi jer selalu. Even anak aku ni tak lahir lagi pon aku dah sayang sangat kat dia. Sampai dah pk macam² utk dia. Siap dah pk sok kalau die kahwin,mesti aku rasa sebak nk lepaskan dia.

Dan ini semua buat aku tertanya² ‘maser dorang buang anak tu,dorang tak rasa sayang ker ngan janin yang dorang kendong /yg teman dorang/yang gerak² dalam perut selama 9 bulan 10 hari dalam rahim dorang tu?”

Aku? Aku sayang sangat kat baby dalam perut ni. Tanda cinta aku pada suami. Zuariat aku sendiri(walau masa mengandung macam apa sakitnya tak kira lagi waktu nk beranak nanti)tetap tak boleh ubah cinta yang dah bersemi utk baby aku nie.

ok back to current emosi:setuju atau tak korang pasal penubuhan Baby Hatch di Malaysia ni?

posted under Uncategorized

Email will not be published

Website example

Your Comment: