Diya Akiera

Melankolik Hati Seorang Dhia

7 month…another 2 month to go

June3

Pejam celik pejam celik,kita dah pon berada dibulan Jun untuk tahun 2010. Setengah tahun (or should i say another 6 months)to finish 2010. Kejap jer rasanya masa berlalu. Rasanya macam baru semalam meninggalkan zaman bujang dan sekarang lak sedang menghitung hari untuk menimang cahayamata yang pertama. Benih cinta antara aku dan lelaki yang bergelar suami. Rasa cam tak percaya,rupanya dah hampir 7-8 bulan aku bergelar isteri dan juga bakal bergelar ibu tak lama lagi.

Kebahagiaan yang tiada tolok bandingan(even untuk mencapainya laluannya tidaklah seindah laluan mata bila tiba hati untuk sama berkongsi) Bermacam² yang ada dalam hati aku sekarang. Eksited. Happy. Teruja. Takut.Tak sabar-sabar.Cuak.(whatever u want to name it)Dan kalaulah boleh aku tunjukkan pada semua apa yang ada dalam hati aku sekarang.:) Bersyukur sangat dengan kurniaan dari Allah s.w.t dengan apa yang dipinjamkan ini. (teringat lagu Rabbani ‘Mana Milik Kita’ bila tetiba nk menulis ayat apa yang aku miliki sedangkan tiada apa yang kepunyaan kita pun kan..;p)

Persediaan?Kalau nk cakap pasal barangan anak..aku rasa baru semalam aku jalan² ngan hubby kat tempat barang² baby. (sambil² tu ari² gak la aku godek n google sana sini tengok apa yang patut dibeli.(by the way list pon dah sedia ditulis tinggal lagi nk beli jek) Tercangak² jugaklah. Sebab first time kan. Takpe..apa-apa pun still ada 1st tim utk semua kan..;p (takde experience langsung so sangat bergantung ngan nasihat dari orang² terdekat) Kalau nk cakap pasal persediaan mental dan fizikal pulak..hmm..Takut sebenarnya. Tapi asyik paksa dan motivate akal supaya bersedia. Supaya tidak takut. Supaya kuat. (kalau orang lain boleh,apatah aku yg sedia ‘kuat’ ni kan?;p)

Hope semuanya akan berakhir dengan selamat. Doakan aku k..:)

posted under Uncategorized

Email will not be published

Website example

Your Comment: