Diya Akiera

Melankolik Hati Seorang Dhia

30+ week

June18

Hai macam tak percaya jer kandungan aku ni dah masuk trimester ke 3 (yakni fasa akhir =3 bulan terakhir ). Dan InsyaAllah ikut due aku bakal bersalin bulan 8 nanti. (bulan puasa lak tu..merasalah nk ganti puasa sebulan kan) Dan merasa gakla raya nanti just dok umah tunggu orang datang melawat (kalau ada yg sudi..ahaks citer sedey;p) Ni wajib aku mintak my grandmother/mother/mother in law masak segala bagai sebelum bersalin ni..cth:lemang,rendang,nasi impit..hahah melampau(buat lepas kempunan masa pantang nanti);p

And kalau ikut plan awal,aku abiskan pantang dirumah sendiri (sambil lone ranger ditemani oleh suami tercinta) Terima kasih yer cinta!

Preparation utk baby pon dah dibuat dari awal bulan lepas. Tinggal lagi nak tambah sikit untuk itu dan ini. Bidan yang nak mengurut pon dah selamat ditempah. Aku masuk jer 30+ week ni lagila rasa cam seram sejuk badan. Kalau ikut tempoh mengandung yang betul ada 40 week. (tapi kebanyakan wanita dlm 36+ tu dah boleh get ready segala barang buat masuk bonet kereta,in case kalau kecemasan supaya senang terus zoom saja ke hospital berdekatan)

Ikut keadaan fizikal aku plak,alhamdulillah..masih sihat. Masih larat nak berjalan sana sini,masih larat panjat tangga,masih larat beli makanan sendiri kt opis,masih larat kemas umah,masih larat tawaf masa hari ilmu nanti..hehehe(walaupon suami dok asyik jengil² biji mata suh dok diam²;p) dan walaupon pastu aku macam sedikit termengah² ambik nafas. Cuma masa malam² jerlah yang pinggang aku ni sakit semacam. Masa tulah sakit kaki lah. sakit bontotlah. (cik abang aku ler yg jadi mangsa.. “abg,kaki Ya lenguh ar…tolong urut..” tu gedik namanye yer..heheh) Kaki pon sekarang dah mula asyik cramp(orang Perak cakap simpul mengkarung yer anak²) kalau tak ambik pil kalsium tu.(aku mmg tak ske makan ubat,tapi nnti kalau tak mkn..kne marah) Dan kebanyakan advice yang aku dapat,semua orang pon suh aku aktif berjalan. Supaya senang nak beranak nanti. (aku harap bersalin normal)

Mentally plak,masih lagi ok. Cuma aku banyak nasihatkan diri sendiri supaya tak pk mende² buruk dan berangan yang best² ajer(umpamanya apa perasaan bila dah tengok baby depan mata) Walaupon banyak citer versi itu dan ini,tetap aku setkan dalam mind..yang aku ni ‘kuat’ nak hadap sakit bersalin ni..(camne aku nk lari pon..bila sampai masa tetap aku kne hadapi ni gak kan?) Macam kata seorang ahli persatuan cakap “sakit atau tak..it is your mind set. Sampai satu tahap,u just want he/she just came out safely,and cepat..” (thanks kak ajue..kata² tu motivate betul..;p)

Banyak yang aku angankan untuk budak yang aktif tendang² perut aku ni.(sambil tangan usap² perut) Dan tinggi harapan aku agar dia menjadi anak yang baik pada parents,keluarga,bangsa dan agamanya nanti.

Kat sini selagi berkesempatan ni,just aku mintak kawan² doakan aku selamat bersalin k. :)

posted under Uncategorized

Email will not be published

Website example

Your Comment: