False Alarm?
Ok seriously, aku rasa aku rasa macam dah nak terberanak semalam. Or hari ni aku dah terpikir yang today aku tgh pangku my own child in my arms. Or ayah dia tgh memain cak² ngan anak dia kat umah. Dan hakikatnya..aku masih lagi datang berkerja seperti biasa.Ok sejujurnya aku cuak gila semalam.
Nak dijadikan cerita,dari malam sebelumnya aku memang tak leh tido ngan lena. Kejap pusing kanan,kejap pusing kiri. Kejap² menelentang. Kejap kang bangun.Kejap kang bersandar.Kejap² peluk suami..(opss terlebey sudah,abaikan..;p) Pendek kata memang serba tak kena.Kemuncaknya pukul 5.00 pagi..pinggang dan perut serba tak kena. Sakit macam period (what the heck orang pregnant senggugut lak kan?)
Encik suami dah mula risau. Sibuk la die soal itu dan ini. Selak sana seluk sini,(pesal aku rase entri ni cam lucah ek;p) Pas dia mandi n solat subuh,dia cakap nk gi umah mak dia(nk tanya pasal tanda org nk beranak ) terus aku tahan. Sebab,aku tak rasa sakit pon kat ‘situ’. Aku ajak dia ronda dalam rumah. Yang peliknya,’senggugut’ tu kejap datang,kejap hilang. Dalam masa ‘senggugut’ tu berlangsung,ntah berapa banyak kali la aku rasa macam pinggang aku nk tercabut. (dahla sepatutnya suami aku nk shoot picture raya utk orang kt opis semlm gak)
Sudahnya..aku kata nak tido balik,sbb ngantuk. Sebelum dia gi kerja,awal lagi die dah pesan kat mak mentua aku suruh jengah aku kat umah. (biaserlah wife dia ni kengkadang sibuk nk jadi iron lady..selagi tak sakit,jangan harap nk mintak tolong sesaper) So mak mentua aku sampai sesudah 5 minit suami aku berlepas. Siap packing apa yang patut. (in case,kalau tak sempat suami balik,dia plan nk suruh bapak mentua aku jer yang anta ke spital)
So sementara menantikan suami ku pulang kepangkuan,aku pon just lepak jerlah satu hari kt umah mentua. Sakit tu cam biaserlah. Sama jer rasanya macam malam tadi. Bapak mentua aku siap pesan lagi kalau dah sakit sangat,bgtau. By hook or by crook..aku kene gi hospital gak. Mak mentua aku jangan cakap lah,siap packing air panas,air sejuk siap ngan termos segala bagai..(sila jeles..in laws aku mmg terbaek ok;p)
Tapi in the end,sampailah suami balik dalam kul 2 lebih camtu. Aku masih lagi seperti biasa. Siap boleh makan cekodok lagi..heheh,(nk mkn nasi..rasa perut full semacam) Dia terus angkut aku gi klinik..mintak surat sokongan doktor and check sekali whether aku ni dah turun tanda ke blom.) Doktor yang aku biasa ngan dia plak takder and digantikan dengan doktor lain.(berbelit lidah gaklah aku try pahamkan doktor ni apa yang aku nak) Maybe die tak fasih Bahasa Melayu kut (terpaksalah den speaking) Godek sana,godek sini. And finally..he said it just light contraction and nothing to worry about. (haha..sorry doctor,sy zero pasal beranak ni..no experience at all ok..)
And finally today..here I am..(member pejabat siap pelik lagi sbb ingat aku dah beranak coz aku kol cakap ngan dia semalam,aku dah start sakit²) hehhe..sorry kak. Maybe my baby ni masih seronok lagi dalam perut ni hah..bagi can la kat dia main puas² dalam tu..kang when the times comes..tetap dia kuar gak kan?
p/s:entri sepatutnya dipos ari khamis ari tu..tapi internet lambat cam siput sedut..