Diya Akiera

Melankolik Hati Seorang Dhia

Cinta Lama Kembali Semula~

April15

“Cinta yang berlandaskan nafsu adalah cinta yang diilhamkan oleh Tuhan kepada haiwan”

Prof–> Bila cinta lama kembali semula,itu bukannya rezeki tapi mungkin musibah menanti. Dari segi emosi,perempuan lebih mudah jatuh cinta ttp kadang² perempuan lebih setia bila berkahwin jika dibandingkan dengan lelaki. Lelaki bila ada kuota 4 mulalah berangan. tapi perlu tahu tanggungjwb dan komitmen yg akan menanti. Jika bercinta ikut emosi dan syaitan, maka ‘terlanjur’ akan berlaku. Akhirnya lupa tanggungjwb pada pasangan suami/isteri,abaikan amanah Allah, tak cukup duit utk diberikan pada keluarga sbb berjoli dgn sidia.

Pemanggil–> norasyifa,K.L -saya ada kawan yg masih bujang,jumpa cinta lamanya. Kekasih itu suami org. Dorg dlm keretakan rumahtangga. Wife pakwe dia ni plak dah tak nak suaminya. wife dia offer kpd kwn sy. Sy nk tanya,adakah patut kawan sy terima,dia dlm delima. Ya,wife dia pun ada pakwe lain!

Ustazah –> Oh kami pun pelik tadi kenapa wife dia baik sangat siap offer lagi?Rupanya masing² sudah ada kekasih gelap,line clear. Maknanya wife dia ni berharap bila suami dia kahwin dengan kawan Sifa tadi,wife dia boleh mulakan hidup dengan pakwenya pula.

Prof–> Ini melibatkan byk perkara. Lupa bersyukur dgn apa yg ada. Belum tentu lepaskan sana,lepaskan sini akan ok. Bimbang budaya kahwin sekejap² akan menjadi trend. Dan memberi kesan kpd anak².

Ustazah–> Sabda Nabi s.a.w “Bukan dikalangan kami”. Pesanan pada orang yang berniat meruntuhkan rumahtangga pasangan lain. Jangan! Jangan rosakkan. Tolong perbaiki hubungan rumahtangga mereka.

Cinta ada dua:-

  • Halal- perasaan yg akan dpt pahal bila berpaksikan iman iaitu hubungan suci suami isteri.
  • Haram- berkiblatkan syaitan dan nafsu iaitu hubungan terlarang dgn suami/isteri orang.

Ustaz–>Berkahwin adalah ibadat kepd Allah. Berfikir dan tanya org yg lebih pakar. Buat satu tindakan berlandaskan hukum-hakam. Nasihat sy pd pasangan yg mempunyai kekasih gelap,cuba perbaiki hubungan. Kaji pro dan kontra sebelum buat keputusan utk beralih arah.

Zehra–> Positif kalau dua² tak kahwin  lagi sebab itu kekasih lama dan saling mengenali. Negatif kalau kekasih lama dan berpasangan.

Pemanggil–>Roshida,Serdang -Ya saya mengaku sayalah orang ketiga. Dia cinta lama sy. Dah 2 tahun berkahwin sampai sekarang masih hubungi sy. Sy pula kan dirikan rumahtangga dgn org lain. Sy mula rapat kembali sbb masa tu kami tinggal berdekatan rumahnya. Kebetulan hubungan dia ketika itu bermasalah. Dia kata akan bercerai dan kahwin dengan sy. Sy pula tak nak,sy akan kahwin tahun depan.

Ustazah–> Pesanan sy lupakan terus cinta lama. Timba ilmu rumahtangga utk dptkan keredhaan Allah. Pujukan,rayuan,janji dan kata manis akan menjd seperti “Habis madu sepah dibuang”

Isteri rajin jahit labuci,Jahit pula bertingkat-tingkat. Pastikan cinta anda suci,Barulah hidup akan berkat.

Prof–> Ingatlah pengorbanan isteri melahirkan anak. Isteri pula ingatlah pengorbanan suami. Jangan layan cinta lama samaada melalui Facebook,sms dan sebagainya. Sebelum hidup bersama,semuanya indah. Bayangkan kalau anda jadi berkahwin dengannya,dia nak pula org lain?Banyakkan beristighfar,bersyukurlah dengan apa yg ada. hargailah kelebihan pasangan anda.

Zehra–> Ya,mmg berat utk lupakan. Seeloknya hargai pasangan yang telah Allah jodohkan. Dekatkan diri dengan Allah,buka buku baru. Jangan cari kelemahan pasangan,cari kelebihannya.

Ustazah–>Ibarat org yg kehausan. haus..minum air laut. Makin diminum semakin haus. Sampai habis air satu laut pun masih dahaga. Itulah manusia yang tidak reti bersyukur.

Prof–>Belum tentu apa yg kita layan,kita fikir akan berkekalan. Akibatnya mungkin hilang kawalan. Hilang harta,hilang kawan. Pandangan serong masyarakat. Hilang kerja,hilang itu hilang ini. Banyak kesan negatif.

Pemanggil–>Masniza,Gombak- Abg ipar sy pernah ada hubungan terlarang hingga lahir anak tidak sah taraf. Dah 5 tahun berlalu,tiba² muncul kembali ibu(kekasih abg ipar)kpd anak itu. Semasa dia hilang dulu,kakak sy yg jaga anaknya. Skrg jd satu tekanan pd kakak sy. Abg ipar sy dah tegaskan dia taknak perempuan tulagi. Tp perempuan tu ada amalkan ilmu utk menggoda. Akak selalu menangisdan stress. Perempuan tu takde niat nak ambil anaknya semula,tp dia bg alasan nak jumpa anak. Padahal nk jumpa abg ipar sy jer.

Prof–>Suami kena kuat. Isteri dah cukup baik jagakan anak yang tidak sah taraf tu. Sanggup pula berkorban perasaannya.Masniza perlu bagi moral support pd kakak supaya bersiap dari segi mental kot² perempuan itu ambil semula anaknya.

Petang petang berjalan jalan,singgah pula berjumpa jiran-jiran. Kuatkan iman dengan amalan,barulah terhindar dari kemungkaran.

Zehra–>Bg pasangan yg dah berkahwin,hargailah pasangan anda yg di depan mata. Suami/isteri itu syurga kita,anak adalah harta bernilai kita.

Ustaz–>Jagalah kebahagiaan rumahtangga sebaik mungkin,utk dptkan keredhaan Allah.

Alasan suami yg ada hubungan lain:-

  • Digoda
  • Balas dendam pada isteri
  • Dah tabiat dia
  • nafsu

Alasan wanita pula:-

  • Kurang perhatian suami
  • nmpk byk perbezaan suami dan kekasih lama
  • dia sendiri tak setia dan curang
  • nakkan perhatian org lain
  • suami yg buat hal dulu,so sy ikutlah
  • terpengaruh dgn kebendaan/kemewahan

Pesan Nabi Muhammad s.a.w “Mencegah adalah lebih baik dari merawat. Jadi jgn mulakan ,jgn layan,jgn cari pasal. Ramai CEO berharta kaya raya ttp gagal pertahankan rumahtangga.

Doa agar Allah kuatkan iman,jauhkan godaan syaitan,Allah berikan kasih syg dlm keluarga.

  1. Surat Al-Kahfi-ayat 10
  2. Surah Al Kahfi-ayat 39
  3. Surah al-Hasyr ayat 21-sbg doa benteng diri,baca bersama pasangan.

Nota comel:Hindarilah masalah yg boleh diduga akhir jalan ceritanya

Nota tambahan:Para ulama bersepakat bhw hukum menganggu dan merosakkan hubungan suami isteri/tunang dimaksud dlm hadis nabi adalah HARAM . Maka siapa saja yg melakukannya,maka ia mendapatkan dosa diarahkan siksa neraka.

posted under Uncategorized

Email will not be published

Website example

Your Comment: