Diya Akiera

Melankolik Hati Seorang Dhia

Selamat hari ulang tahun yang pertama Kasih Kaisara:)

August12

Kasih Kaisara lahir pada tanggal 12hb Ogos bersamaan dengan 2 ramadhan tahun 2010. Dia lahir seminggu awal dari tarikh yang dijangkakan yakni 18 Ogos. Sebenarnya seawal dari ramadhan lagi aku dah apply cuti.(my husband yg force aku amek cuti awal..;p,mungkin kesiankan sang isterinya ni yang dah macam penguin berjalan² sambil bawak perut kan) Dah la waktu tu aku baru jer lapor diri ditempat baru(yakni tempat kerja aku skg ni) tapi dek krn mengenangkan aku ini isterinya yang taat..;p maka ku turutkan jua kehendak suami terchenta.

Pagi 12 Ogos tu,aku masih lagi sempat sediakan bahan makan utk sahur kami. Perut dah mula meragam. Tapi bila masuk bilik air,tak de ape gak yang keluar. Kebetulan suami tercinta plak demam. Tapi sempat dia bergurau ngan aku yg dia rasa maybe lagi 2-3 ari ni dia dapat tengok anak dia. Dan aku macam..owh..maybe. Usai sahur,aku landing balik cam biasa dalam bilik. Rasanya macam mimpi bila tetiba air ketuban pecah! So terus laung(panggil dengan nada sedikit tinggi) suami yg baik punya tido kt ruang tamu.(bila demam suami aku takleh kne kipas,sedangkan mak buyong sorang ni masa mengandung pantang panas,jd knela tido luar ;p) Dan dia terusla meluru kat aku sambil tgk² apa yg patut. First time aku tgk dia panic gila. Siap panggil mak dia suruh confirmkan sama ada aku nih da nak beranak ker..hahah,sedangkan aku leh rileks² sambil tukar baju,tukar kain. Siap suruh husbandkan masakkan air panas lagi utk isi dlm flask yg nk dibwk kehospital!

Sampai je hospital,aku diturunkan di wad saringan bagi ibu yg nak bersalin. Ukur berat,tukar baju..pastu check bukaan rahim.(sambil tu toksah ceritalah berapa banyak air ketuban yg meleleh keluar disepanjang wad tu) Bercakap pasal bukaan rahim ni..pehh,den bukan nk takutkan ke ape ker..tapi den nk kobar..mmg pehh..best giler!(senak woo) Dahla yg check tu doktor lelaki. Muda setahun dari aku lak tu. Malunya jangan cakap la..but I was like ok..buatlah apa yg doktor nk buat,sy redha jerJ Masa tu kontraksi datang selang 15 minit. Disamping check bukaan rahim tu,dia sempat gakla letak benda(aku tak tau nama dia)atas perut aku utk lihat denyutan baby dalam perut. (waktu ni husband and in laws dok luar,sbb takleh masuk)

Selesai segala prosedur,aku ditolak oleh suami dengan kerusi roda pergi kewad utk ibu mengandung(wad ni khusus utk para ibu yang sedang menunggu masa utk melahirkan and etc)Masa ni kontraksi dah selang 10 minit skali(kalau ko pernah senggugut,bayangkan kontraksi ni 10 x sakit senggugut=haha.ko mmg tak membantu Dhia..;p) Sambil menunggu masa utk dapat katil(wad ni sentiasa penuh..biaserlah..hospital gomen..bole?;p) tak terkiralah macam mana aku berperang kat kerusi sambil tahan sakit kontraksi. Tepat kul 12 tgari..barula aku dapat katil..barulah leh landing. Husband waktu ni dok kt luar gak..sementara menunggu waktu melawat yakni 2.00 ptg hingga 3.30 ptg. Elok dia sampai,mkn tgari pon sampai la gak..tapi waktu ni aku dah takde selera sebab sibuk melayan rasa sakit..waktu ni jangan ckp la,berapa punya kuatlah aku pulas tangan dia. Pastu aku ajak dia temankan aku ketandas(jalan waktu ni jangan cakap la..mmg sakit sangat) utk tukar pad yg dah lenjun. Nurse tu siap pesan lagi,supaya tunjuk pad yg lama sblm tukar pada pad yg baru. Elok jer aku tunjuk,terusla dia panggil beberapa orang kawan dia utk confirmkan warna darah yg ada kt pad tu. Rupanya² baby yang dalam perut ni dipercayai telah buang air besar dalam perut ibu dia ni hah..(tak pasal² aku kne check graf jantung baby sekali lagi) Kali ni,doktor siap bubuh air dan juga ubat induce(utk percepatkan proses kelahiran) Elok jer,ubat meresap,dan² aku rasa macam nak terberanak kat situ waktu tu gak..)dahla waktu tu aku masih lagi kat wad menunggu! Makin lama,makin kerap nurse yg bertugas check bukaan rahim aku. (kelakar bila diingatkan,aku sempat grab kad bertugas dari leher doktor/nurse kt sebelah aku..tu gara² dah sakit sangat la tu)Terhuyang-hayang doktor/nurse tu aku buat..sorry yer Doc..huhu. Tepat jer 9cm bukaan rahim,aku terus dikejarkan ke labour room. Waktu ni mmg terkeluar secara kuatlah zikir² yg dok aku ulang² waktu sakit tu. ‘laiilahailla anta subha nakainni kuntum minnazollimmin’ (aku rasa satu wad tu dengar..hahah)

Sampai jer labor room,mulalah aku terdengar suasana yg agak genting dalam tu. Dengan suara babynyer..dengan suara org mengerang sakit..(dan ianya juga sememangnya mencuakkan lagi pada bakal ibu seperti aku nih) Tapi Alhamdulillah,sebab sedari awal..dah aku tanamkan dalam kepala hotak supaya positif dan say..it’s my time now.. Dengan 2 kali teran,alhamdulillah..lahirlah seorang lagi umat Muhamad kedunia ini.

Bila dah keluar tu..rasanya mmg lega yg teramat. Hilang langsung segala rasa sakit. Yang kelakar tu,aku sampai 3 kali tanya jantina anak pada nurse yg bertugas. Nurse tu siap cakap “sabar ye puan..biar kita bersihkan dulu anak puan nih..” Elok jer baby dibersihkan,terus dorg letak anak yg masih tak bernama tu atas dada aku( utk diberikan susu badan) Spontan aku menyambut dia sambil beri salam dan menyebut satu nama..Kasih Kaisara.

And yes..dia mirip aku. Alhamdulillah… :)

Aku ingat pengalaman bermakna ni sudah berakhir..tp in ur dreams lah..kita masih lagi belum melangkah ke fasa yg paling..pehh..sangat sakit(for me) Ape yg aku taip ni berdasarkan ape yg aku rasa,tiada niat mau menakutkan ibu² lain.. : ) 

It’s a jahit time ok. Aku ingat lagi..not only one tapi 3 orang nurse/doktor yg ambil baton bergilir menjahit aku. They said that aku punya kulit macam taufufah..lukanya sedikit,tp berulang kali menjahit bahagian yg sama. Yg first menjahit aku rasa nurse pelatih..bole plak tgh menjahit tu,dia pitam (mabuk darah katanya) Diganti dengan nurse senior. Uuhh..sangat kasar. Sangat sakit. (die bole jer tonyoh tisu kt situ secara kasar) ish..nasib baiklah kedua belah kaki aku dah berikat..klu tak ader gak yg kene tendang nanti. Tinggal fasa terakhir tu..diganti plak dengan nurse yg lain. Nurse kali ni agak teliti dan juga quite lembut gakla..(takdela aku rasa sakit sangat) Oh ye before proses menjahit ni,sebenarnye dorg dah bagi ubat pelali..tapi tah kenape aku rasa dosnye tak cukup kuat utk menahan rasa sakit yg macam hazab tu…

Proses menjahit jer berlangsung hampir satu jam setengah. (aku beranak pon aku rasa prosesnya berlangsung dlm masa 30-35 minit jer)

Dalam hati tak habis² berdoa agar sumer ni berakhir dengan pantas..sebab aku dah tak larat sangat. Dengan letihnya,mengantuknya..(dahla masih lagi tak jumpa dengan ayah baby) So tak bole nk mengadap dia and say..sayang..this is for us.

Lebih kurang pukul 6 lebih tu,barulah aku ditolak pergi ke wad semula. Tapi still gak kene tunggu baby yg masih dlm proses timbang,ukur,berat,ambik darah~and list go on. Sempat gakla sorg nurse bagi aku minum air milo utk dibuat alas perut yg penat tu.

Dah setel semua, (waktu ni pon Kasih Kaisara dah selamat diletak dipangkuan aku) barulah nurse ni mention nama aku di wad menunggu tu..Dari jauh lagi dah nama cinta hati tersengih² (dah la tgh demam..sian die..)siap tolak troli aku lagi sambil wat suara siren.

Duduk atas katil..then terus in laws mintak suami iqamatkan anak yg baru lahir tu… Dahla dengan kekok memegang baby,but nun jauh disudut hati..sangat tersentuh sebenarnya tgk 2 cinta hati meet each other. (ok I cant describe how my feelings..tapi sangat indah)

 

Buat cinta hati pertama saya..Muhammad Azli bin Masiri~this is for us sayang. Lambang cinta kita. Yg harus kita jaga dan pelihara dengan segala²nya sampai lah kita menutup mata nanti..

Dan utk kamu cinta hati saya buat selamanya~Kasih Kaisara Bt Muhammad Azli..kamulah anugerah yg paling indah yg Allah beri pada ibu dan ayah. Dan sampai bila² kamu tetap yg terindah. Jadilah anak yg soleh penyejuk mata hati dan jiwa kami.

 

p.S:Selamat hari ulangtahun yang pertama sayang…:)

Mungkinkah terjadi

August4

a song by spider…aku suka sbb org istimewa dedicate lagu ni kt aku…masa memula nk kapel dulu:P so bila dengar balik mcm best jer…thank u sayang :)

By the way dah terjadi dah pon…dan kamu dah miliki aku  seluruh jiwa dan raga. I love you and will always do :)

this i promise you :) ini top list yg bertakhta dihati… “ia umpama harapan dan janji saya pada awak..”

11 years goes by,and this feeling still mcm dulu malah kian menggebu…ntah love portion apa la yang awak letak kt sy kan?

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan sebaik-baik perkara yang disimpan oleh lelaki? Ia adalah isteri yang salihah; apabila suami melihatnya, dia menggembirakan suaminya, apabila suami menyuruhnya, dia taat, dan apabila suaminya tidak ada bersamanya, dia menjaga dirinya dan harta benda suaminya.” (Hadis riwayat Abu Daud)

p.s:Jadikan aku isteri solehah itu ya Allah..amin

Ramadhan Datang Lagi :)

July29

Pejam Celik pejam celik…tak sangka sekali lagi kita diberi kesempatan menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak sekali lagi dalam hidup kita. Alhamdulillah..ini ramadhan kali kedua aku menyambutnya sebagai seorang suami dan juga seorang ibu. Dan sekali lagi ramadhan kali ini aku membawa zuriat yang kedua generasi Muhammad Azli dan juga Nor Fardhiawaty. Tak sangka…dan tidak dirancang. Semuanya Allah s.w.t jua yang punya rancangan…

Tiada apa yang aku harapkan dengan kedatangan ramadhan kali ini kecuali dapat menambah segala amalan yang wajib dan sunat buat bekalan di akhirat sana. Kita sibuk sangat mengejar dunia kan…mungkin ini waktunya kita tambah apa yang patut. Dan aku harapkan jua dengan ramadhan kali ini dapat ubah diri aku kepada yang lebih baik dari yang sebelumnya…inshaAllah..

Banyak harapan dan doa aku…tapi cukuplah kalau aku dan Penciptaku sahaja yang tahu…i’m just human being. Tak lepas dari buat kesilapan. Segala yang buruk tu semuanya datang dari aku…

p/s:semoga aku dapat memaafkan semua orang dengan lebih ikhlas lagi…amin!

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama islam), dan janganlah kamu bercerai berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. (Aali Imraan (3) : 103)

sejenak

July13

Perasaaan ‘MENYESAL’ boleh mengajar kita untuk membuat ‘PERTIMBANGAN’ yang lebih baik pada masa depan bila kita menemui situasi yang lebih kurang sama dengan ‘PENGALAMAN’ kita sebelumnya…., kita boleh imbas kembali ‘KESILAPAN’ yang pernah kita buat, dengan memilih ‘KEPUTUSAN’ yang ‘BETUL-BETUL’ betul….

*status*

July12

Camne ek nk ckp…its about my pregnancy. Kan aku pernah ckp klu ada..dikhabarkan..klu tiada,jangan buat kesimpulan. So ni da ada..aku share jelah. Nama lagi berita gembira..dan bila gembira harusla berkongsi kan(tapi bukan kongsi suami yer..i tak rela u..,i garang tau..:p ) Hehe..so bila dah beritahu..ckp itu ini. Camner? Ye aku pernah ckp..maybe nk tambah anak tu lambat lagi. But i’m just human being. Camne  rapi pon perancangan aku as a manusia biasa ni..rapi lagi perancangan yang Maha Esa..so i just enjoy this moment. Rezeki…Takkan nk ditolak. Too early?aku pon awalnya rasa camtu..bukan kata camtu jer..mcm²…tapi aku ni seorang ibu. Cubalah letak diri kau kat tempat aku. InshaAllah..u know what i feel. Ok?

Cerita Julai

July12

Baru balik dari kursus di Kelantan..3 hari 2 mlm. For the first time selepas Kasih ada,aku gi kursus luar Selangor. Beratnya rasa dihati..Tuhan saja yang tahu. Berpisah ngan anak ni tak sama mcm berpisah dengan suami. Perasaannya lebih terdera sedikit.Hehehe..tapi alhamdulillah sbb sekarang sudah selamat kembali menghirup udara di Selangor. Anak pon dijaga dengan baik oleh sang suami.(syabas bete..:P)

Sebelum ke Kelantan ni aku berjalan² ke Johor. Konvo che’am. Penat. Tapi oklah.Sempat tido semalam di JB. Kotanya sibuk amat. Kalah KL u…sempat gakla singgah di Felda Selanchar(umah tunang Che’am)Sampai merentas 3 negeri. Heheh..sampai naik kebas gakla bontot dibuatnya.

Dan oh yer..nk kongsi lagi satu berita gembira. Yes..i’m pregnant my second baby. At first..berita ni disambut dengan linangan air mata.Banyak sangat yg cross my mind. Especially bila terpikirkan Kasih Kaisara. Tapi mom is always a mom. Kasih ibu tiada tandingan. And she will love all her children just all the same. Lelebih lagi bila ramai yang bagi nasihat yang positif²..makanya aku redha dan bersyukur ngan hadiah dari Ilahi ni. InshaAllah..klu tiada aral melintang pukang,maka akan adalah Azli Junior tahun depan. Doakan aku yer :)

Dan utk kamu sang suami…thank you. Saya cinta kamu gilak² ok..heheh.Moga kebahagiaan kita akan sentiasa berpanjangan dan dalam rahmat Allah. Moga kita dijauhkan dari mereka² yang berniat serong dan jahat.Amin…

p.s:dont worry…i will. This i promise myself

Tukar Julia pada Fadhia yer:P

June24

Tega ku berdiri sepanjang malam
Mengintai dada langit yang tersergam
Dengan menitip doa dan impian
Di saat melintas sang kelodan
Kau di sisiku sentiasa
Julia

Kudambakan kita hidup bersama
Sepasang kekasih teman yang setia
Asalkan kau sudi ku kan bahagia
Kerna ku percaya
Jiwa kita satu tak terpisah
Julia

Bila malam mengundang hujan
Hadiahkan jutaan rintangan
Niat yang asal tetap kan kukotakan
Hendaknya hajatku kesampaian
Kau di sisiku sentiasa
Julia

Ku dah cuba hidup tanpa dirimu
Terbukti duniaku haru biru
Mudah hilang punca dan arah tuju
Fikiran meracau tak menentu
Emosi terganggu

Hariku kelabu
Bantulah aku
Bantulah oh Julia
Katakanlah pada ku kau juga sama
Sama merasa seperti ku Julia
Kita menjejak erti cinta yang sama
Ooo…

Ku dah cuba hidup tanpa dirimu
Terbukti duniaku haru biru
Mudah hilang punca dan arah tuju
Fikiran meracau tak menentu
Emosi terganggu
Mengapa bisa jemu
Mengapa bisa rindu
Mengapa bisa jadi begitu

P.s:To my sugar:Saya masih simpan lagi lirik lagu ni  dll dalam disket awak tu..unfortunately dah takleh bukak sebab covernya dah ilang..yes my mistake..sebenarnya saya yg rosakkan and tak berani nk bagi disket tu balik kat awak..shhh:P

“awak ingat saya tak maksudkan ker lagu² yg saya bagi kt awak…dulu masa² kita gaduh klu balik naik motor mesti saya nyanyi lagu² camni sambil layan² jiwa..” heheheh..auchh..kamu ni sweet la Azli..camner la saya tak sayang:P

sakit u,sakit i gak

June17

Aku tak tau naper aku yg emo lebih sekarang ni padahal bukan jadi pada aku pon. Mungkin sebab pernah rasa sakit yg sama memungkinkan perasaan ini hadir kut…atau kerana kita best fren forever?hmmm…Marah kepada lelaki yg mengkhianati cinta tulus seorang perempuan.Berpaling kepada orang lain sedangkan baru beberapa ketika menjalin cinta. 3 tahun mahu disamakan dengan 3 bulan?U must be kidding man. Marah kerana 3 tahun yg berlalu dengan sia²..nak diikat pon tak nak,bermacam² alasan yg diberi. Penghujungnya..kantoi ada hubungan dengan orang lain. Marah sebab aku tempatkan diri ini ditempatnya. Marah sebab dihulurkan seluruh cinta..tapi pengorbanan yg bertahun² ini tidak ada harga rupanya dimata. Tup tup nampak plak ada kad undangan menjadi profil diri..u suck man!! U are really suck..mcm _________(sila isi tempat kosong)

to u..i harap sangat u tabah..u kuat..kekuatan sebenar diri kita terletak pada diri kita sendiri..no matter waht everpon yg i ckp..yg membenarkan advice i singgah dihati cuma urself…ada hikmah disebalik semua ini..yakinlah dengan itu. Mungkin sekarang u ditakdirkan berjumpa dengan orang yang salah kerana Allah sedang mengatur the right man for u..apa² pon i tetap ada..whenever u need me..ok:)

Laman sosial

June10

Zaman sekarang kalau takde account kt facebook memang dianggap sangat ketinggalan..actually sebelum facebook pon,laman sosial yg lain mcm myspace and frienster pon dah sedia wujud. ~aku pon ada account dalam tu:P tapi da tinggal sejarah la..da delete da pon

Tapi facebook dianggap satu fenomena. Kalau takde,means ~haiyo..zaman mana ko duduk ni..  Nak kata pasal sisi baik dan buruk bagi aku memang banyak. Baik sebab dari sini kita leh connect lama ngan kengkawan lama. Buat gathering. salah satu medium utk kita kekal berhubung dengan kawan² lama dan juga baru. Dan kalau tak keterlaluan dikatakan sebagai medium mencari jodoh. Yelah nak harapkan kita yang asik bz amat ngan urusan seharian/rumahtangga..laman sosial macam nilah yg pastikan kita tak lost contact dengan kawan². *hatta kawan masa tadika pon ko leh jumpa dalam ni*

Selain dari alasan yg aku nyatakan diatas..dilaman camni gakla dapat kita sebarkan maklumat atau ilmu utk dikongsi dengan kawan² kita. Selalu aku nmpk org post aper² maklumat/khutbah/artikel dan etc kat dalam ni..kurang² kat situ dapat la dapat ilmu kan?pendek kata kalau kau gunakan untuk cara yang baik..maka baiklah ia..begitu juga dengan sebaliknya.

sisi buruk plak..memang banyak. Tapi yang nak aku taip adalah keburukan mereka yang telah bergelar suami/isteri orang ni,bila berkecimpung dalam mende² camni.. paling nyata pasal status…kalau ko tak puas ati mesti nk up status kan?yg paling aku tak berapa nk gemar bila org up status kalau tgh bergaduh ngan suami/isteri dia. Mungkin sebab nak suami atau isteri die paham yang die tgh marah..tapi yg tak bestnyer plak bila ader kengkawan yg lain menyampuk. Mengapi²kan..klu bagi nasihat takpe..ni macam nk pecah belahkan plak. Padahal mungkin yang digaduhkan adalah hal yg kecik..tapi bila da ramai yg mengomen tu komen yang tak best²..kan dah bole mendatangkan masalah yang besar. Mungkin nawaitu nak memberi pendapat. Lagi satu macam nk bagitau satu dunia plak yg ko ader problem ngan suami/isteri kau. Kan dah tak elok tu..hal dalam kain ni elokla diselesaikan antara 2 pihak jer. Tak perlu pihak ketiga. Lainlah kalau gi mengadu kat kaunselor ker aper kan..

kedua pasal status relationship plak. Perasan tak kengkadang ader setengah umat ni kalau die tgh bahagia..mesti die suka nk bubuh..engaged to or married to ngan suami/isteri die. Semua orang pon dah tau yang si polan² ni adalah suami isteri yang sah. Tapi bila dah bergaduh tetiba plak change status..its complicated…is in realtionship and its complicated..or single. Dan mende tu plak appear kat semua fren ko. Dah tu tetiba plak dah dianggap dah bercerai plak..hmm..fitnah lagi.

ketiga pasal gambar. Lumrah manusia memang suka dipuji kan. So harusla letak gambar yg paling gojes sekali. Tetiba ramai plak nk memuji. dan ko plak melayan. dah terbuat dosa kat situ plak. Samer gakla bila orang tau yg ko ni bertudung..tetiber ader gamba yg ko upload tak bertudung plak..kesian suami kita. Fitnah lagi.Tu tak campur lagi kengkawan yang tagged gamba kita dalam keadaan yang tak sepatutnya. *yg suami.isteri kita or muhrim kita jer yg bole tengok* alhamdulillah aku masih lagi tak upload mende merepek dlm facebook..masa kt frenster dulu ader la,,tapi tak lama,seminggu jer da delete..tapi waktu zaman anak dara..dosa tanggung sendiri.*

Sebab tu aku suka suami aku pantau apa yang patut dan tak patut dalam laman sosial yg aku join..sebabnya mende camni sifatnya kekal.. bebila pon akan ada…tak cayer cuba la cari.. yg kengkadang ko tak ingat pon kewujudannya. So beringat² la..

aku tulis sebab prihatin..~sharing is caring right..

sebenarnya banyak lagi..tapi itu jer yg sempat aku nk taip..so kita pikirlah sendiri yer :)

June7

Kehilangan momentum utk menulis..haishh

« Older EntriesNewer Entries »