Diya Akiera

Melankolik Hati Seorang Dhia

Jom kuiz..

February4

1) First time meet ur hubby, when and where?

-sekolah. 2000. Kata bercinta dari sekolah kan ;p

2) Love at the first sight?

-Nope…definitely not. Maybe lebih dari dari mata turun kehati kot…;p

3) Who is he when the first time u met him?

-Pengawas kantin yang bajet kiut..(haha..he is..the killer smile) ;p

4) How long it takes for him to ask u out for a date?

- Setahun.. sangat jual mahal walaupon rasa nk say yes awal dari tu.. ;p

5) First place dating?

-skool. Alasan: study group (yeah rite..) ;p

6) How he proposed?

- Ditempat yg memulakan segalanya. Yg lain² tu rahsia. shhh… and i cry for that. Terharu sangat.

7) Special date with ur hubby?

- Candle lite dinner that organise by me..maybe ;p

8) Changes that he asked you to do?

- Suruh more independent. Suruh lower my ego. Hahah..my weaknessess.

9) What is about him that you love so much?

-Accept aku dengan seadanya. Baik dan buruk. And never leave me walau tahu dan jelas dengan keburukan yang ada. Sentiasa disisi saat susah dan senang and i really appreciate that. Dari mula aku kenal sampai sekarang. Dia tetap Azli yang aku cinta sampai mati. (walau ada salah dan silap )And dia menjadi diri dia yang sebenarnya saat dengan aku.

10) What about him that u wish he would change?

-Lembut hati sampai orang boleh chop and cakap and predict dia bukan². People say macam kenal sangat ngan dia sampai orang tak tahu pendirian dia yang sangat aku adore sampai sekarang.

11) U will lose ur mind and crack ur head when he?

-Tak punctual.

12) U will smile through ur eyes for the whole day when he?

- Terjaga tgh malam walau sedang tidur lena,walau tgh penat camner sekalipon..even tak cukup tido semata² kalau wife dia mimpi buruk/batuk/muntah/ngigau and sedaya upaya without a words just dengan perlakuan seolah² bagitahu ” dun worry sayang .i’m here…nothing will harm u selagi abg ada” (terharu sangat) boleh tido sambil senyum the whole day ok. :)

13) Complete the sentence. He is… maybe an ordinary person for the world. But  he is the world for me.  Cinta kamu sampai mati.

BTN

February3

Rasa macam dah lama sangat tak update post baru dalam blog tercinta aku ni(ayat poyo). Walaupon takder orang baca..(just a few frens dan juga sekor dua anon yang tak habis² tak senang ngan kesenangan hidup orang lain..but still aku nak say thanks sebab sudi baca n review cerita² seharian aku ni)

Kehilangan aku untuk beberapa hari ini adalah kerana menunaikan tanggungjawab sebagai salah seorang penjawat awam. Kursus Biro Tata Negara yang diwajibkan kepada semua kakitangan kerajaan. Tak moh komen banyak² sebab nanti orang kata itu dan ini. Cuma yang baik itu dijadikan panduan,dan yang buruk itu dijadikan sempadan. Berat hati nak pergi pada mulanya sebab nak tinggalkan my other half itu selama beberapa hari tapi dek kerana tanggungjawab..maka relakan jua perpisahan selama 5 hari itu terjadi juga..(ayat poyo macam jauh sangat) Itupon sebenarnya mendapat tentangan hebat dari my other half tu sebelum pergi. Tapi oleh kerana saya berjanji akan menjaga diri sebaik mungkin,walau berat…dia pon benarkan juga(setelah berkali² dan berjuta kali dan diminta berjanji itu dan ini..;p ye sayang…saya tau awak risau..sayang awak jugak :) )

And now,here i am…kembali meneruskan tugas seperti biasa. Dan juga sedang menghitung hari untuk sesi perjumpaan yang pertama dengan sikecil yang sedang menghuni didalam ini..heheh..can’t wait.

Hari minggu

January25

Sehari suntuk menghabiskan masa dirumah sambil ditemani suami tercinta. Makan,menonton,membasuh baju. Semuanya atas bantuan suami tercinta.Nampaknya cerita ‘mat bunga’ tu berjaya mempengaruhi dia;p (teruskan usaha…saya suka tau)

Bagi aku,tiada salahnya jika suami membantu isteri membuat kerja rumah. Takder jatuhnya maruah atau ego lelaki atau tak timbulnya kata² “kerja rumah isteri buat” tu. (tak tahulah kalau orang lain kan) Lagipun dalam rumahtangga sendiri pon disarankan untuk bantu membantu dan bertolak ansur. (tu kan resepi keluarga bahagia)

And if i’m not mistaken,aku pernah terbaca dalam satu artikel yang sepatutnya kerja² rumah ni adalah tanggungjawab seorang suami. (meaning memasak,membasuh,mengemas)Begitu juga dengan tugas mencari nafkah. Tugas seorang isteri pula adalah mendidik anak² dan juga menjaga keperluan suaminya. Cuma diera sekarang ni..benda yang aku tuliskan diatas tidak lah sesuai. (aku tak tahu kalau info yang aku nukil ini adalah salah,tapi ini yang aku baca tidak lama dulu dan masih lagi terpahat kemas dalam ingatan)

Apa-apa pun terpulang pada pasangan dan individu itu sendiri. Dan tak payahlah korang dok sibuk kata sipolan atau sipolan tu kene queen control kalau dia menolong isteri dia buat kerja rumah. Tak jatuhnya ego seorang lelaki tu malah aku respect habis la kat semua lelaki yang tolong wife dia wat kerja rumah. (asalkan semua tu tidak la sekjap shj k)

untuk kamu

January22

*post ini dibuat dan diilhamkan rentetan dari conversation yg terjadi antara aku dan my very best fren (male version) disuatu malam. (ye…kamu tetap kwn terbaik aku sampai mati :) )

Diilhamkan kerana perbuatan aku yg menegur tentang salah satu sikapnya yg bagi aku boleh jadi satu kelebihan juga satu kelemahan bagi seorang manusia. “Lembut hati”. (no offence k.ini yang aku rasa…n u should pertimbangkannya)

Lembut hati ini memanglah bagus. Untuk beberapa sebab boleh bertukar menjadi tidak elok. Memanglah everything we do,bergantung pada nawaitu. Tapi pihak yang lain pulak akan manipulasikan sikap tu. Dan yang akan menanggung natijahnya adalah kita sendiri. Kamu aku lihat sebagai seorang yang tegas,tetapi untuk sesetengah perkara(lagi² bila dah dirayu) kamu akan jadi lembut. Membenarkan segalanya walaupun dari mulanya kamu tidak setuju dengan perbuatan itu atau perkataan itu. Aku dengar berbagai² versi tentang sikap kamu ini. Dan yang paling aku takutkan sikap ini juga bakal memudaratkan kehidupan kamu kelak. Sekali sekala bersikap tegas itu tidak apa kawan. jangan bagi orang lain pijak kepala kita lebih² lagi kalau kamu tahu perbuatannya itu salah. Ye..jangan samakan dengan sesiapa. Benda ini dah pon acap kali terjadi pada kamu. Dan aku sebagai kawan baik kamu,tidak akan akan senang melihat kamu dianiaya suatu hari nanti. Oleh sesiapa.  Tak kisahlah kalau imej gentleman kamu tercemar..tetapi untuk hari depan yang lebih baik. Mengapa tidak?

Aku bukan manusia yang predict kehidupan orang lain setepat mana. Tapi saling mengingati itu perlu. Apatah lagi kamu antara orang istimewa dalam hidup aku. Tidak juga aku katakan kamu harus mengikut apa yang aku sarankan. Cuma renung² kan lah. Aku tidak mahu kamu jatuh tersadung lagi.

patut ker tak?

January20

Kita memang tak boleh nak puaskan hati semua pihak kan?

Aku dengar topik baru di HotFm pagi tadi. Sebenarnya kisahnya dari semalam tapi berlarutan hingga kehari ini. Berkenaan dengan seorang pendengar ni yang mengadu kat kat Fara Fauzana dan Faizal Ismail tentang dilema yang dihadapi nya berkenaan dengan perangai kuat mengongkong sisuami. Dia tidak dibenarkan keluar lunch dengan kawan² sepejabat. Kena balik makan kat rumah. And bila dah habis kerja pulak,sharp kena ada kat rumah. Untuk pengetahuan,mereka dah berkahwin selama 8 tahun dan ada 2 orang anak. Dan selama hampir itu jugalah sisuami berperangai sedemikian.

Hehe…macam² feedback yang aku dengar dari pendengar yang lain. Ada pro dan kontra. Ada yang hentam tindakan isteri dan juga sebaliknya.

Ok ini pandangan ikhlas aku. Bukanlah aku nak poyo aper sebab aku pon tak lah dah kahwin dalam tempoh yang lama macam orang lain. Tapi ini kan blog aku,pedehal lak aku takleh nak cakap aper² kan..;p

Bagi aku suami dia ni baik,sayangkan dia. Nama lagi die pendiam tapi rajin kan?(feedback dari saudara si isteri  tentang sikap suaminya) Dah tentulah dia tak punya ramai kawan. Kawan dia yang terapat satu²nya isteri dia. Lagipon dia(suami) sendiri admit yang dia pon buat perkara yang sama macam yang die suruh wife dia buat.(meaning rehat pon dia balik mkn kat umah,pas keja pon die straight balik terus kerumah,tak lepak mana²) What u expect then? Nak kata dia mengongkong pon tak boleh sebab dia bagi wife dia berkerja. Dalam masa berkerja tu takkan lah tak leh bersosial ngan kawan² pejabat yang lain. Bukannya dia kongkong terus. Perbuatan ni die dah mulakan sejak dari belum berkahwin lagi sampailah 2 anak. (nanti orang kata lelaki ni camtu,lelaki ni camnilah. Sebelum kahwin..kebulan kesyurga,dah kahwin?..opss terlebih sudah) Mungkin niat lelaki ni baik,tapi sedikit tak kena. Maybe dia tak nak wife dia bercampur ngan mende² xelok. (gosip sana,gosip sini..dosa ngumpat bila dah berkumpul ngan kawan²) And bak kata suami aku..”ni die dah cerita kat HOTFM ni satu Malaysia dengar. Tak pasal² dah tau aib rumahtangga diaorang. Perkara tu baik ker?”

Mungkin lelaki ni should give her some space. Bukanlah kongkong terlampau sangat. So and so sudah.Kan? Macam kalau rehat tu,takyah la sampai kena balik rumah. Buatnya jarak rumah and pejabat tu jauh. Kan dah banyak buat pembaziran kat situ. Mau tak tensen isteri dia. Sekali sekala mungkin ok. Sama gak macam kalau dia nak gi mana². Kalau rasa macam nak keluar ngan kawan² tu,cakaplah and mintaklah permission barang sejam dua dari suami. Mungkin suami takder masalah nak bagi dia keluar bersosial sekali sekala ngan kawan² rapat dia. Yang penting kat sini tolak ansur kan? Itukan antara resepi rumahtangga bahagia…

Februari akan datang…

January20

Aku akan jumpa my baby fo the first time. Even akan kelihatan kecik  atau tak berupa aper2 lagi..but i just can’t wait.

Februari akan datang gak mungkin akan ke Terengganu. Anggaplah pre honymoon dan sekaligus menyertai family day anjuran N.C. Tak sabarnyer…:)

bcoz of u

January20

its against my principal actually…mixed up with my ego. But then, this blog been created not to find enemies…i surrender. Not because i’m wrong. Just because its just me… 

“Dhia yg sy kenal bukan begini….she have her owns art when it comes to writing. The thing that she love most..”

I do this because of you…

Get a life

January19

Dude..go and get a life. I never care. ;p

renungan sejenak

January19

Malam tadi sempat juga tengok citer Adnan Sempit. Iklannya dah ditayangkan dari bulan lepas,tapi baru berpeluang nak pergi tengok. Dah la bila nak tempah tu,asyik line problem. Last² gamble jer telefon petang semalam dan berjaya juga tempah 2 tiket. (thanks to u luv,sebab make it everything fast n furious;p)

Bagi aku ceritanya ok la…even tak boleh  nak make me satissfied to the max tapi kalau anda inginkan komedi yang ringan.Tonton jerlah cerita ni. Penuh panggung tu. I give 3 stars out of 5.(hahah..aku sangat selective bila tiber citer melayu,and one more thing..cerita ni pasal cinta aku dan dia..so jangan la korang tanya lebih² kenapa dan mengapa bila dah tiba penamat cerita ni k)

Sempat juga la malam tadi makan sup kat Ani Utara.(gian nk mkn sup ayam punya pasal) And sempat gak menonton babak kehidupan secara live didepan mata. And buat aku sangat bersyukur with what i have today,coz kalau Allah nak tarik nikmat ni..bila² jer pon boleh kan..)

Jabatan Imigresen wat operasi semalam. So ader la 2-3 orang pekerja kat Ani Utara tu sangkut dalam operasi yang dijalankan. (i talked about PATI) Mmg kesian,sempat ada 2 orang makcik yang diangkut sama. Mahu cari rezeki halal,tapi masuk secara haram. (siap bergari segala bagai) And bila tiba² Encik Azli menggumam sendiri  “kalaulah negara kita susah,and kita terpaksa kejer kat negara dorang..mesti kita susah camni gak kan..”

Heh…always bersyukur dengan apa yang kita ada. Kerja. Rezeki. Tempat tinggal. Coz kalau tuhan nak tarik balik..biler² jer kan?

can u answer this?

January18

aku mcm termanggu sekejap bila diberitahu oleh seseorang yg aku ni kelihatan garang melalui entri² yg ada didlm blog ni…ye ker? Setahu aku dan seingat aku,yes adalah beberapa entri yg aku anggap diluar kawalan tapi masih menggunakan ayat yg sopan bagi melampiaskan rasa hati(mmg takleh nk lepas sumer,kerana hey…that is so stupid thing to do)

Dahtu mesti timbul soalan ni kat kepala aku…aku garang ker? Really?hmm…

« Older EntriesNewer Entries »