Diya Akiera

Melankolik Hati Seorang Dhia

Utk Renungan Bersama::Kemaafan Dendam Terindah

May31

  Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Baru-baru ini saya berkesempatan berbual dengan sahabat baik saya, mengenai kisah-kisah hidup yang lepas. Apabila dikenang, memang banyak perkara menyakitkan yang telah kami lalui.

Saya adalah seorang yang pernah melalui pengalaman dibuang kerja, difitnah, ditikam dari belakang oleh rakan yang dipercayai. Malah hingga ke hari ini, rupanya masih ada sang penjaja yang aktif menyebarkan fitnah ke atas diri saya.

Perit rasanya difitnah, namun ia mengajar saya supaya tidak terus mempercayai khabar angin dan gosip yang terpapar di media; baik mengenai artis mahupun ahli politik. Dan jika gosip melanda orang yang saya kenal dengan rapat, saya akan tanyakan kepadanya sendiri, supaya tidak ada buruk sangka.

Manusia seringkali melatah apabila ditimpa perkara-perkara yang saya sebutkan di atas. Bila ia berlaku, mereka terus mengamuk, menilai buruk dan tekad untuk bermusuhan. Ada di antara mereka menyimpan dendam kepada pemfitnah ini.

Saya ibaratkan hati manusia, seperti sebuah peti yang memiliki laci-laci kecil.

  Setiap rekod individu yang hadir di dalam hidup kita, disimpan dalam laci-laci ini. Jika sudah berkenalan dengan sejuta orang, maka ada sejutalah laci di dalam hati kita.

Dalam laci setiap individu, mempunyai fail-fail kenangan peristiwa kita bersama mereka.

Apabila kenangan yang berlaku adalah memeritkan, maka laci-laci ini akan berubah warna menjadi warna hitam. Lebih banyak manusia yang menyakitkan hati kita, lebih banyaklah laci hitam di dalam hati kita. 

Selang hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan, tahun ke tahun, rasa sakit hati kita kepada individu yang lacinya sudah hitam ini masih wujud. Ini kerana kita masih menyimpan rekod mereka di dalam laci hitam. Semakin lama disimpan, semakin tebal fail kenangan mereka, dan melarat pula ke laci-laci yang lain.

Hati semakin sakit. Setiap perbuatan mereka yang menyakitkan, tidak dapat dilupakan sama sekali. Pantang mendengar nama mereka disebut, laci hitam di hati menebal seinci. Di mana lokasi yang ada kaitan dengan mereka akan dijauhi. Jika ada keramaian yang melibatkan mereka, kita tidak akan hadiri supaya tidak bertembung dengan mereka. Kerana hati sudah benci. Kerana peti hati sudah semakin dipenuhi dengan laci-laci hitam yang menyimpan rekod mereka.

Akhirnya, hati kita telah sepenuhnya menyimpan laci-laci hitam yang banyak dengan fail-fail kenangan yang menebal.

  Akibat dari disakiti, kita membenci. Kita membenci mereka yang menyakiti kita, lantas menyimpan dendam. Dendam yang disimpan, mengakibatkan hati yang gelap dan penuh dengan laci-laci hitam. Laci-laci hitam yang memenuhi hati dengan fail-fail kenangan pahit mendorong kita untuk terus membenci, berdendam dan tidak lagi mahu memaafkan mereka yang menyakiti hati kita ini.

Mari fikirkan sejenak. Apa yang kita perolehi daripada rasa sakit hati yang dipendam sehingga menjadi benci dan dendam?

Adakah kita berpuas hati?

Adakah kita bebas ke sana ke mari?

Adakah kita berlapang dada?

Adakah kita merasa tenang?

Adakah kita bahagia?

Jika mereka yang menyakiti kita, kenapa harus kita berdendam kepadanya? Yang salah, siapa; kita atau mereka?

Jika yang berhati busuk dan dengki adalah mereka, kenapa hati kita pula yang hitam, dan penuh dengan kebencian?

Jika kita yang teraniaya, kenapa kita pula yang memiliki amarah dalam diri? Bukankah kita yang teraniaya adalah lebih beruntung kerana doa kita berpotensi dimakbulkan Tuhan?

Allah berkata, “.. dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah An-Nur:22)

Allah berkata lagi, “Dan segeralah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa. Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.” (Surah Ali-Imran:133-134)

Selagi laci hitam tidak dibersihkan, selagi itu fail kenangan pahit yang tebal wujud di dalamnya. Selagi itu hati kita penuh dendam dan kebencian. Selagi itu jugalah kita tidak akan tenteram, kerana kerap memikirkan tentang mereka yang menyakiti kita. Lagi kerap kita memikirkan mereka, lagi tebal fail kenangan itu tersimpan dalam laci yang hitam.

Mungkin kebahagiaan sukar diperolehi kerana hati kita yang hitam.

Mungkin rezeki tidak muncul kerana hati kita yang tidak bersih.

Mungkin jodoh terhalang kerana hati kita yang tidak memaafkan.

Maafkan sahaja mereka, insyaAllah hati kita akan lebih tenang.. dan laci hitam akan terhapus dari peti hati kita.

There Is Always Sunshine After The Rain

(by allinspiration.com)

Certain things can happen and get us really really down. That’s a process we must all go through. No one is immune to pain and suffering, to sadness and emptiness.

What’s important is to hang in there. Remind yourself that things will always get better. After a storm, the sun will shine again. It may be a few minutes later, a few hours, or even a few days. But it will always happen.

This does not mean that the negative emotions you experience at the time are trivial. They are real, and they are important.

But remember that time heals wounds. The sadness will pass. Give yourself time.

p/s:sangat membantu..hope ini akan sentiasa dijadikan panduan utk hari mendatang. Mungkin benar ianya sukar. Tetapi Allah maha mengetahui segalanya…

Baby

May31

Sekarang ni selak jer surat khabar or tengok.dengar berita kat tv/dengar radio mesti ada jer kes pasal buang bayi/anak. Dah jadi macam satu trend balik dah. And if i’m not mistaken kes² camni sebenarnya dah jadi sejak dari mula² lagi(tak ingat lah dalam tahun bila) pastu senyap. dan kemudian sekarang ni trend ni kembali popular balik.

Serius..as a human being apatah lagi naluri sebagai bakal ibu macam aku ni amat sangatlah mudah tersentuh. Macam pagi nie,selak jer surat khabar ada tajuk “Bayi ditinggal dalam kotak susu”. Tak silap ari jumaat yang lepas pasal penemuan mayat bayi kat stesen komuter Padang Jawa. Damn! Memang rasa sedih sangat dengan apa yang jadi kat dalam masyarakat Malaysia sekarang ni. Dan dah tentulah mereka yang terlibat tu plak adalah mereka yang berbangsa MELAYU dan of coz la ISLAM (of coz kat Malaysia ni once ko sebut melayu dah tentulah orang cakap ko muslim kan?)

Apa kat Malaysia ni semua orang dah hilang ke rasa perikemanusiaan tu? Apa semua orang kat Malaysia ni dah abis sifat manusia ke? Sampai dah jadi binatang (even binatang pun tau sayangkan anak) Ke ko memang tau nak sedap jer sampai dah lupa rasa nak bertanggungjawab atas apa jugak perbuatan yang ko buat. Apa dorang ingat lepas dorang dah buang baby tu,dah sumbat budak tu dalam mangkuk tandas,dah bakar(macam sampah pastu kne denda n penjara 2 TAHUN jer. Jer?) Dah letak kat tong sampah,dah lenyapkan kononnya natijah ‘kesedapan’ korang tu, so all the problem is solved? Heh..senangnya.

Mesti tak pikir pasal kesan akan datang kan? Mesti tak pernah pk pasal kesalan yang amat dalam yang akan ditanggung dikemudian hari kan?Mesti tak pk,walaupon ko lepas kat dunia ni kat akhirat sana belum tentu. Mesti tak pernah terpk yang sepanjang perjalanan hidup nanti akan diburu kesalan yang tak pernah padam even dah bertaubat camber sekalipon( dosa pahala ditangan Allah) But please lar,kalau nk buang sangat budak tu pergilah buang kat hospital, kat tempat yang dah tentunya anak yang dibuang tadi akan selamat. Tak pon ko gi la sedekah kat orang. Aku percaya kat dalam dunia ni berlambak² pasangan suami isteri yang teringin nak anak tapi tak dapat².

Dosa dah tentu bertambun. Dengan zina lagi. Membunuh lagi. Dah kebal sangat ke nak menghadap Allah dengan dosa camni ni? Ok aku memang tak layak untuk tazkirah or bagi nasihat kat orang sebab aku tau aku pon ada wat dosa. Tapi tolonglah. Ralat sangat. Buat aku emosi jer selalu. Even anak aku ni tak lahir lagi pon aku dah sayang sangat kat dia. Sampai dah pk macam² utk dia. Siap dah pk sok kalau die kahwin,mesti aku rasa sebak nk lepaskan dia.

Dan ini semua buat aku tertanya² ‘maser dorang buang anak tu,dorang tak rasa sayang ker ngan janin yang dorang kendong /yg teman dorang/yang gerak² dalam perut selama 9 bulan 10 hari dalam rahim dorang tu?”

Aku? Aku sayang sangat kat baby dalam perut ni. Tanda cinta aku pada suami. Zuariat aku sendiri(walau masa mengandung macam apa sakitnya tak kira lagi waktu nk beranak nanti)tetap tak boleh ubah cinta yang dah bersemi utk baby aku nie.

ok back to current emosi:setuju atau tak korang pasal penubuhan Baby Hatch di Malaysia ni?

Rindu

May27

Ah rindu lagi… Rasanya macam lama sangat aku tak bukak blog ni. (gara²…yelah saya menumpang jer ;p) Sampai terpaksa create alternate blog utk layan jiwa kacau aku ni. Hehe..dont worry,blog ni tetap yg priority. Yg lagi satu jer agak sedikit tidak ditapis. (tapi sedaya upaya gak la aku menimbang tara tatabahasanya juga segala entri²nya) Tak nak berahsia pon url nyer. (sebab aku mane pandai sorok² ni) What u see,its just the real Dhia. Dia nak marah ke,nk cakap bahasa indah² pon..atau sinikal sekalipon..who cares. ;p

Nk letak gambar masa gi Trolak aritu. Tapi yelah. gambarnya masih dalam simpanan hubby. Tak transfer lagi..kata dia lah. Sajer nk kongsi and tatapan mata kamu² semua. (sayang takde pic hubby bersama². yelah dia jadik photographer) Hope pasni dia tak serik nak join family day bahagian BPWG ni.  Kalau panjang umur mungkin tahun depan dah kne gi honeymoon bertiga. (lagi hebat kalau berempat ;p..klu campur adik pada baby ni) Nanti aku dah edit aku tampal kat sini sket² yer. Yg lain² tu aku tampal kat facebook sudey. Sajer nk bagi mata korang berbulu tengok kegedikan semua. Ahaks.

Nk citer apa lagi ek sepanjang ‘ketiadaan’ aku kat blog ni..hmm..ok. aritu gi scan budak ni. Tak tahulah gen pemalu siapa dia ikut sampai doktor kata die ni tak berapa mesra ultrasound (gen pemalu aku lah tu..of coz..who else ..ahaks) Dah tau jantina baby,tapi sajer tak nak reveal kat sini. (ala aku tau ada yang dah tau kan kan kan) Nnti da keluar aku mention besar² k. Promise(siapa nak kait jari kelingking ni?) aku dan my squizy pie pon dah ada beberapa nama utk baby kiteorang ni. Pening gak melayannya. Asyik surf internet ajer. Yelah kata nak yang terbaik.

InsyaAllah dalam masa terdekat akan start cari baju anak and kelengkapan dia pulak. (duit kutu yeay!!) Nk pilih warna² soft. And aku tak berapa setuju sangat dengan konsep blue for boy and pink for the girl tu. So kenalah pilih warna² lain yang lebey universal. (manusia merancang..buatnya scan kata boy..keluar plak girl..mau haru biru dibuatnya) So for those yg nak hadiahkan my baby ni apa²..amatlah dialu² kan..(ibu muka tak malu) Aku kata kalau yer. :p  Actually dari hari tu lagi aku tergedik² nak beli baju anak. Tapi my mom berkeras tak bagi. (yelah waktu tu pon kandungan masih awal lagi. Dia taknaklah kiteorg taruh apa² harapan. nanti kalau jadi apa²,takderlah terkilan kan) so since this kandungan pon dah masuk 7 bulan,my mom bagilah kebenaran..(kne ikut cakap ma..syurga bawah tapak kaki dia) so till now. happy shopping ibu n ayah!

and i love you baby..n to you too squizy pie!!Mmuahhh!!

Dari hati…

May11

Jun 2010. Bakal mengubah segalanya. Dan jika ini kesudahan yang telah Engkau tetapkan. Maka aku redha. Mungkin ini yang terbaik untuk semua. Tipu kalau aku katakan yang hati langsung tidak terusik dengan khabar yang diterima,sedaya upaya aku rasionalkan diri. Dalam hidup,tak semua yang kita inginkan tercapaikan? Pengorbanan itu perlu. Hidup harus diteruskan. Lagipun dah terlalu lama keadaan dibiar begini. Tanpa kesudahan. Time to move on. 

Biar dilihat keras seperti batu. Aku masih tidak mampu menipu diri sendiri. ”Mungkin ini yang terbaik Dhia..redhalah.”

Dan aku hanya mampu berdoa,agar ini tidak berlaku dalam kehidupan yang sedang aku jalani kini. Aku bahagia. Sangat bahagia.

Happy mother’s day

May7

Dia ajar saya banyak perkara…

Dia besarkan saya…

Dia wanita kesayangan saya…

Walau bukan dia yang melahirkan,tetap dia yang paling istimewa dihati saya…

Selamat hari ibu mak…Ya sayang mak. Sampai mati…(untuk wanita paling istimewa:Hjh Sebah Binti Wok Yasin. Semoga Allah panjangkan umur dia.

p/s:untuk semua ibu didunia. Juga untuk mama saya dan mak mertua saya.Saya tak pandai bermadah puisi melahirkan rasa cinta,cukup dengan apa yang saya rasa. I love you all

A song for mama

May7
  You taught me everything
And everything you’ve given me
I always keep it inside
You’re the driving force in my life, yeah
There isn’t anything
Or anyone I can be
And it just wouldn’t feel right
If I didn’t have you by my side
You were there for me to love and care for me
When skies were grey
Whenever I was down
You were always there to comfort me
And no one else can be what you have been to me
You’ll always be you always will be the girl
In my life for all times

Chorus:
Mama, mama you know I love you
Oh you know I love you
Mama, mama you’re the queen of my heart
Your love is like
Tears from the stars
Mama, I just want you to know
Lovin’ you is like food to my soul
You’re always down for me
Have always been around for me even when I was bad
You showed me right from my wrong
Yes you did
And you took up for me
When everyone was downin’ me
You always did understand
You gave me strength to go on
There was so many times
Looking back when I was so afraid
And then you come to me
And say to me I can face anything
And no one else can do
What you have done for me
You’ll always be
You will always be the girl in my life

p/s:dedicate to all mothers in the world…

Fancy nite?idea anyone..?aku blurr..

May6

Ada apa dengan 21hb Mei – 23hb Mei 2010 ni?agak² korang?

kalau tahun lepas tanggal ni aku baru abis kursus kahwin kat Masjid Shah Alam dengan tunang(tak pernah lupa pon occcasion tu).. tahun ni plak?aku terbang dengan suami ke destinasi pre honeymoon kami yang seterusnya..

Dan tgh buntu dengan jayanya depan komputer,bila tema majlis makan malam tu adalah Fancy. Puaslah aku google sana sini. Dan masih lagi terawang awangan memikirkan apakah yang nak aku sarungkan kebadan malam tu. Any idea anyone?

Tukar nama tu k ;p

May4

Relakan cintamu Seri

Leburkanlah rinduku ini

Agar bisa ku menikmati

Belaian kasih yang sejati

Biarpun hanya seketika

Biarpun bukan selama-lama

Sekali sudi kau menerima

Sejuta kali ku ‘kan setia

Sekali bumi beredar

Mentari terbit di ufuk dunia

Bintang di angkasa

Masih bernafas di dada

Selagi itu kau kucinta

Korus

Inilah janjiku

Insan yang mengenal erti

Sepi yang tiada sepi, sepi lagi

Tinggal kau harapan

Satu-satunya sandaran

Jalan ku pulang ke jalan yang terang

Seri, aku merayu

Pada kau yang bernama Seri

Relakan cintamu Seri

Leburkanlah rinduku ini

Agar bisa ku menikmati

Belaian kasih yang sejati

Darimu Seri

Hanya kau kekasihku

Yang bernama… Seri…

Seri…

 P/s:melalak² die semalam…oleh krn sy baik ati,sy tampal lirik ni balik..tapi kne tukar nama seri tu pada nama saya tau…;p

Anda teruja melihatnya?

May4

saya juga…peh kalau besar ni konpem ngigau kan?ahaks..

Kasih ibu…

May3

p/s:nampak ni kat blog LadyNoe…sumpah,terharu…sumpah sedih…kasih ibu kan?

« Older EntriesNewer Entries »